Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue yakin mesti ada antara korang nie pengemar coklat atau hantu coklat kan. Sama lah macam Kak Sue juga, m...

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue yakin mesti ada antara korang nie pengemar coklat atau hantu coklat kan. Sama lah macam Kak Sue juga, memang suka sangat makan coklat. Sampaikan kat rumah Kak Sue nie memang akan ada stok coklat untuk Kak Sue. Jadi disebabkan salah satu kesukaan Kak Sue nie jugalah, Kak Sue nak kongsi dengan korang salah satu Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara. Memang teruja sangat bila Kak Sue berpeluang ke Belgische Chocolatier nie untuk merasa kesedapan coklat kat sini tau. Mana taknya, dengar nama pun dah menarik kan..

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara

Sebenarnya kan masa memula Kak Sue sampai di Belgische Chocolatier Mont Kiara nie kan dari jauh dah nampak betapa menariknya deko kafe nie. Dengan warna pink lembut dan warna coklat menyerikan suasana kafe. Dari luar kita dah nampak susunan meja dan kerusi yang kemas juga corak coklat splash di dinding kafe tambahkan lagi ceria dan seolah kita berada dalam dunia coklat..

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Yang buat lebih menarik, di Belgische Chocolatier nie staff nya baik dan mesra sangat. Kalau tak tau nak order apa korang boleh ja minta dorang suggestkan untuk korang. Yang pasti semuanya sedap tau.. hehehe.. Okay lah jom Kak Sue nak kongsi apa yang Kak Sue cuba kat sini hari tu ya..

Menu pertama yang Kak Sue cuba di Belgische Chocolatier nie Chocolate Fondue With Fruits. Kak Sue memang suka sangat yang satu nie, maklum lah pencinta buah dan coklat memang kena sangat lah gandingannya. Ada tiga pilihan coklat yang boleh korang piliha tau, chocolate, dark chocolate dan white chocolate..

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Seterusnya Kak Sue cuba French Fries Churros. Apa yang menariknya dalam French Fries Churros nie ada kentang yang lembut dan ada rasa lemak sikit. Memang sedap bila kita dip dalam signature milk chocolate kat sini. Patutlah anak-anak Kak Sue suka sangat makan Churros kalau rasa kat sini punya harus ajak repeat selalu lah nie.. hehehe..

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Ada beberapa pilihan coklat lain yang Kak Sue cuba antaranya Square Roots Brownies dan Sizling Brownies. Sedap gila korang Sizling Brownies tu. Kak Sue memang cadangkan korang cuba kalau datang sini, tapi hati-hati lah ya sebab memang panas masa depa serve tu.

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Selain pilihan coklat yang Kak Sue dah cuba, ada pilihan lain lagi okay. Tak larat dah nak makan banyak sangat. Antaranya Three Musketeers, Fettucine Crepe, Belgium Finest, Triple Heart Doughnut, Walnuts Brownies, Rocky Chocolate Cake, Crispy Bowl dan akhir sekali lain dari yang lain Chocolate Sushi Crepe. Haa.. banyak kan pilihan ada kat sini, yang pastinya semua sedap tau.

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Pilihan air minuman yang ada kat sini pula antaranya air soda, ice blended, ice tea, smoothie, milk shake, arabic coffee dan banyak pilihan lain lagi. Kak Sue cuba juga tau arabic coffee nie Justin Meltcaf World Barista Judge Signature Blend Coffee. Bau dan rasa memang kaw tapi Kak Sue tak boleh nak habiskan sebab terlampau pekat dan pahit.. terus tangkap kepala.. hehehe..

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Okaylah selesai dah bab pilihan coklat dan minuman kat Belgische Chocolatier nie. Sekarang Kak Sue nak kongsi bab servis yang depa sediakan pula. Kalau korang yang tengah tercari-cari atau ada yang nak buat birthday atau private party kat sini pun boleh tau. Bukan tu aja, kalau korang nak buat kat rumah korang pun boleh juga, cuma perlu buat tempahan awal. Nanti depa sediakan semua.. mesti menarik party korang..

Haa.. selesai dah cerita Kak Sue tentang tempat pengemar coklat di Belgische Chocolatier nie. Bagi Kak Sue, memang puashati dan berbaloi tau kalau datang makan coklat kat sini. Harga pun okay aja korang tak ada mahal mana pun. Plus tempat dia memang menarik dan selesa..

Sebelum Kak Sue lupa, untuk pelajar ada diskaun tau untuk korang 30% diskaun. Haa best kan, banyak juga diskaun tu. Apa lagi jangan lupa tau singgah sini bila jalan-jalan kat Mont Kiara tu okay.

Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Tempat Pilihan Pengemar Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Akhir sekali, Kak Sue nak ucapkan terima kasih kepada mamasan Tammy Lim dan team Butterfly Project untuk event yang sangat menarik nie. Harap ada peluang untuk Kak Sue lagi di masa akan datang.

Untuk lebih detail macam biasa korang boleh ke website dan media sosial Belgische Chocolatier kat bawah nie ya..

Belgische Chocolatier

Belgische Chocolatier
1F-16 Kiara, 163,
Jalan Kiara 1, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur




You Might Also Like

12 ulasan

  1. adudududu telan air liur tengok menu2 coklat ni..el pun suka lah coklat..hantu coklat gak ni..bolehlah singgah sini nak rasa coklat sebenar dan lain dr yg lain

    ReplyDelete
  2. Meleleh air liur tau. Siapa je tak suka coklat. Yang tak makan coklat pun kalau nampak coklat2 gini dapat jamu mata pun dah rasa best dah..

    ReplyDelete
  3. Aroma coklat tu pun dan buat terliur kalau PC ni kak Sue..Ya Allah..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok.. Boleh datang saje2 makan ye kak sue.. Nak pergi la nanti.. Syurga coklat ni

    ReplyDelete
  5. Jeles tak dapat pi event ni. Dah dah suka dengan coklat ni.

    ReplyDelete
  6. Aduhhhh saya ni dahlah peminat coklat. Ni buat nak terjah je tau.

    ReplyDelete
  7. Dah terbayang chuross celup coklat...bestnya kak sue. Mana nak cari ni...huhu

    ReplyDelete
  8. Peminat coklat mesti rambang mata kalau nmpak ni

    ReplyDelete
  9. Yummmsss! i love this place, i visited them before and like their hot chocolate

    ReplyDelete
  10. ohoooo hoi hidangan macam ni yang lemah jiwa dan iman ni. celup2 buah dalam coklat ya Allah !! dugaan apakah niiii..

    ReplyDelete
  11. Kalau SA yang pi ni memang jahanam diet cut sugar SA..apapun nampak semua choc tu best..

    ReplyDelete
  12. alahai sedapnya coklat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.