Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi lauk yang harus ada setiap kali sambutan Raya Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah . S...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi lauk yang harus ada setiap kali sambutan Raya Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah. Senang aja resepi Sambal Daging Cara Tok Pah nie, sama aja macam resepi sambal yang lain. Cuma istimewanya bila Tok Pah yang masak, takan sama dengan yang lain pun. Cuma sekarang nie.. semuanya dah tinggal kenangan.. Semoga apa yang ditinggalkan Tok Pah akan beri manfaat pada orang lain dan pahala yang berpanjangan untuk Tok Pah.. aamiin ya rabb..

Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah
Sambal Daging Cara Tok Pah

Resepi Sambal Daging Cara Tok Pah

Dulu.. setiap kali raya, Tok Pah akan masakkan Sambal Daging nie untuk kami semua. Sedap bila dapat makan dengan ketupat palas Tok Pah dan lemang yang dihantar oleh adik beradik Tok Pah. Memang bertambah-tambah kami semua makan.

Sekarang nie semua tinggal kenangan dan kalau rasa nak makan Kak Sue tak tunggu raya pun. Masak aja sikit buat lepas rasa teringin. Selain makan dengan ketupat atau lemang, boleh aja makan dengan nasi. Lagi pun resepinya mudah, ringkas dan sedap. Sekejap ja dah siap. Jom kita tengok resepinya ya..

Sambal Daging Cara Tok Pah

Bahan-bahan :
1 kg daging - dipotong kecil
1 mangkuk cili kering - yang dah dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 keping asam keping
1 kiub daging Knorr
Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
Sedikit gula dan garam

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis cili kering
Masukkan kayu manis dan bunga lawang tadi, kacau sebati
Masukkan pula asam keping tadi
Biarkan cili kering tadi betul-betul masak
Kemudian masukkan daging tadi, biarkan daging masak dan empuk
Kemudian masukkan gula, garam dan kiub daging Knor
Kacau sebati, bila rasa semua cukup tutup api
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh juga baca Tips Sambal Tumis Tahan Lama



You Might Also Like

12 ulasan

  1. LeYa baru ingat nak buat sambal daging hari ni. Okay boleh cuba lah resepi kak sue ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Selalu stuck dengan resepi biasa bila masak daging.
    Next time boleh cuma resepi Kak Su.. Nampak mudah dan sedap..
    Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. Sedap lauk Kak Sue nnt nak trylah.. Stok daging masih ada...

    ReplyDelete
  4. Kt rumah banyak daging ni. Boleh la cuba resepi ni. Nampak sedappppp

    ReplyDelete
  5. daging korban ada lagi..boleh try ni..namapk senang buatnya

    ReplyDelete
  6. Betul kak, walau sama resepi dan cara masak.. Tp air tgn tu xsama.. Alfatihah

    ReplyDelete
  7. sebijik rupaaa macam arwah Tok masak !!! memang sejak Tok xdak..
    xdak sapa masak sesedap macam air tangan Tok..

    ReplyDelete
  8. Semenjak raya haji ni..asek mkn daging jela nampaknya ye.. Hehehe.. Wawa pun suka daging..

    ReplyDelete
  9. sedapnye.. leh cuba nanti...

    ReplyDelete
  10. Sedap and the recipe also easy to follow, thanks

    ReplyDelete
  11. Okey sedap..masakan mak kita la yang paling sedap kan..SA kena simpan dulu keinginan..lepas bulan 10 nanti kot baru bleh makan...

    ReplyDelete
  12. kebetulan ada daging skit dlm peti ais.
    maybe boleh buat ni esok.
    ptg ni x sempat. x kuar kan dari freezer td.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤