Pilihan Tempat Menarik Di Johor Bharu

Assalamualaikum, hai semua. Dalam banyak-banyak negeri kat dalam Malaysia nie Kak Sue sekeluarga belum pernah sampai lagi salah satu negeri kat selatan nie. Jadi Kak Sue nak buat list untuk diri sendiri dan untuk korang Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu untuk rujukan kita bersama nanti. Mana tau ada rezeki kan, dah tau Pilihan Tempat Menarik di Johor. Senang dah nak jalan-jalan nanti kat sana kan..

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu 

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu

Memandang Kak Sue belum pernah sampai sini lagi Kak Sue akan buat beberapa pilihan tempat menarik di Johor Bharu yang bakal Kak Sue pergi nanti. Rupanya ada banyak juga tempat menarik dan juga dah diberi nafas baru katanya. Tak nak buang masa jom Kak Sue nak kongsikan 'wish list' Kak Sue dengan korang jom..

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
1. Legoland
Kebanyakan dari kita kalau ke Johor Bharu memang tak lengkap kalau tak tempat unik yang disukai ramai nie apatah lagi anak-anak. Rasanya anak bongsu Kak Sue si Adik lah yang paling teruja nak ke sini. Taman tema nie terbahagi kepada beberapa bahagian untuk kita singgah antaranya Lego Technic, Lego Kingdoms, Lego City, The Land of Adventure dan Taman Tema Air. 

Di bahagian Imagination, kita boleh tengok Legoland secara menyeluruh di Observation Tower. Bukan tu aja tau, anak-anak boleh bina Lego sendiri, menaiki pelbagai ride kat dalam tu dan menonton wayang 4D lagi. Best sangat kan. Selain tu, di Legoland nie ada replika Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya dan juga beberapa replika dari negara yang lain seperti Taj Mahal dam Ankor Wat dibina sepenuhnya dari blok Lego di Miniland.

Akhir sekali, selain dapat bermain dan mandi manda korang juga boleh membeli belah dan makan-makan di Mall Of Medini. Kalau yang dari jauh atau penat dan nak berehat boleh lah bermalam di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
2. Hello Kitty Town 
Hello Kitty nie dekat aja dengan Legoland, dalam 15 minit dah boleh sampai. Macam yang kita tau Hello Kitty memang diminati oleh kanak-kanak perempuan, ya lah comel kan. Dalam Hello Kitty ada pakej tau, Hello Kitty dan Big Club. Korang boleh main permainan dan ikut aja aktiviti tanpa dikenakan bayaran dah dengan pakej nie.

Selain dari tu Hello Kitty Town nie berkonsepkan ' Walk Through Acttractions' dan aktiviti secara interaktif dengan beberapa lokasi utama yang boleh korang terokai. Antaranya 'Tea Cups Ride', Wishful Studio, Hello Kitty House, Wishful Studio-Jewellery Making-Custome Dress Up & Photo Studio, Friendship Land, Purfect Stage, Black Wonder dan akhir sekali Dream Photo Garden yang dikhaskan untuk bergambar dengan Hello Kitty


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
3. Johor Premium Outlet
Bagi kaki shopping macam Kak Sue nie haa memang teringin nak datang sini. Katanya pusat beli belah nie memang jadi tumpuan pelancong dan orang ramai sebab pilihan kedai berjenama yang menawarkan diskaun menarik bagi pakaian, beg tangan dan kasut. Selain dari tu senibina pusat beli belah yang unik berkonsepkan kolonial dan taman landskap memang cantik dan sesuai kalau korang nak bergambar kenangan kat sini. Biasalah kalau kemana-mana harus ambik gambar untuk kenangan kan..


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
4. Kilang Bateri
Tempat nie ialah bazaar ala hipster dan katanya asal dari kilang bateri. Patutlah namanya kilang bateri, menarik sangat kan. Dengan suasana yang santai dan tenang kat sini korang boleh makan-makan dan juga membeli belah. Ada pelbagai pilihan kedai yang terkenal di IG dan makanan yang popular antaranya makanan western seperti LabbyBros dan Kacang Pool. 

Bukan setakat membeli belah dan menjamu selera, korang juga boleh gunting rambut juga kat kedai 1855. Harus lah anak bujang Kak Sue nak cuba nanti nie. Selain tu untuk yang suka baca buku pun ada kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Haa.. semua ada kat sini kan, memang harus datang sini nanti


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
5. Kuso 3D Art Gallery
Kuso 3D Art Gallery nie terletak di Taman Mount Austin dan pertama di Johor. Ada pelbagai lukisan 3D yang unik dan realistik di lukis di dinding-dinding galeri ini membuatkan kita terasa seolah-olah kita berada dalam situasi sebenar. Ada juga disediakan prop untuk korang bergambar

Kuso 3D Art Gallery nie juga ada pelbagai tema dan konsep menarik seperti 'Be Funny', Horror Room, 'Rimantic Love', 'Kindergarden' dan macam-macam lagi. Ada juga mesin semulasi 9DVR (Virtual Reality) dimana korang boleh berlawan dengan dinasour, zombie dan raksaksa.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
6. Pasar Karat JB
Pasar Karat JB nie pula menjual barangan terpakai seperti pakaian bundle dan barangan antik. Pasar nie semakin berkembang dan mula menjual barangan baru dan kraftangan juga. Selain dari tu ada makanan juga dijual kat sini tau, seperti makanan Thailand dan kopi dan teh terkemuka.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
7. Danga Bay
Danga Bay yang dulunya dikenali sebagai Pantai Lido yang ditambak menjadi salah satu pusat pelancungan di Johor sekarang nie sebab pembaharuan yang dibuat menarik perhatian pelancung. Ada empat tarikan utama di Danga nie antaranya pusat beli belah Danga City Mall, Danga Wall Mini Theme Park, menaiki tram atau basikal mengeliling Danga Bay dan akhir sekali korang juga boleh menjamu selera di restoran atau cafe berdekatan Danga Bay nie. Menarik kan..


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
8. Masjid Sultan Abu Bakar
Salah satu tempat bersejarah di Johor yang sangat ironik dan mempunyai warisai nilai sejarah yang tersendiri. Wujud sejak 1982 dan merupakan masjid yang besar dan selesa untuk para jemaah. Terletak di puncak bukit yang membolehkan kita melihat Selat Tebrau. Selain itu Masjud Sultna Abu Bakar ini juga mempunyai ciri-ciri binaan yang dipengaruhi ketika era penjajahan pada masa dulu bercampur dengan seni bina tempatan.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
9. Puteri Habour Marina
Di sini ada pelabuhan untuk kapal-kapal layar mewah persendirian yang boleh korang datang untuk bergambar bersama keluraga. Selain dari tu kawasan nie lebih sesuai untuk bersantai dan melihat keindahan kawasan sekitar juga ada beberapa replika yang menarik untuk korang bergambar sebagai kenangan dan bukti korang dah sampai sini. Sesuai sangat untuk korang berehat sambil melihat keunikan kapal layar dan pemandangan Selat Teberau.


Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
10. Taman Merdeka
Taman Merdeka adalah satu destinasi taman yang mempunyai lanskap yang menarik dan ada satu kolam besar di tengahnya yang mana korang boleh beri ikan makan sambil rehatkan fikiran. Ya lah penat berkerja dapat bersantai dan berehat tempat macam nie mesti best kan. Taman nie juga menjadi tempat riadah pada penduduk setempat. Pada waktu malam pula taman nie masih meriah dengan air pancut warna warni di kolam awam.

Haa.. tu lah antara list dari Kak Sue antara pilihan tempat menarik di Johor Bharu walaupun sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang lain.

23 Hotel Mesra Keluarga di Johor Bharu Yang Dekat Dengan Tempat Menarik

Bagi yang dah sampai Johor Bharu nie mesti ada yang datang dari jauh dan plan nak bercuti beberapa hari kan. Ya lah kalau datang dari jauh memang penat nak patah balik dan harus tak puas dan sempat kalau nak berjalan dalam masa yang pendek. Jadi Kak Sue nak kongsi dengan korang 23 Hotel Mesra Keluarga di Johor Bharu Yang Dekat Dengan Tempat Menarik jadi nanti senang korang nak buat pilihan atau rujukan okay..

Korang jangan risau okay, kat Johor Bharu nie ada banyak pilihan hotel untuk koramg bermalam, siap ada pilihan hotel mesra keluarga lagi macam yang Kak Sue bagi tau kat atas. Sekarang jom Kak Sue nak kongsikan pilihan hotel mesra keluarga pada korang di website Bagasi.my nie jom. Haa.. mesti tertanya-tanya kan apa Bagasi.my nie kan..

Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu
Pilihan Tempat Menarik di Johor Bharu

Bagasi.my nie adalah satu website yang ideal dan memberi info pada korang kaki travel atau yang suka bercuti. Selain dari itu di Bagasi.my nie juga korang boleh senarai lengkap pilihan senarai tempat menarik, hotel-hotel dan juga homestay di seluruh Malaysia. Macam yang Kak Sue cakap tadi korang tak perlu risau bab hotel kan, jadi korang boleh tengok 23 Hotel Mesra Keluarga di Johor Bharu Yang Dekat Dengan Tempat Menarik sebagai rujukan korang. Haa.. senang kan..

Tentang pilihan harga pula, korang tak perlu risau juga sebab boleh pilih ikut budget korang sendiri. Tambah memang dekat dah dengan tempat yang korang nak pergi tu kan dah jimat petrol dah kat situ. Harap dengan perkongsian Kak Sue nie dapat bantu percutian korang bersama keluarga atau kawan-kawan. Jumpa lagi.. papai!

Website - Bagasi.my
Facebook -Bagasi.my
Youtube - Bagasi dot my

* Gambar-gambar sumber dari Google





Post a Comment

17 Comments

  1. It has been too long since my last visit to JB

    ReplyDelete
  2. wah macam best je kat sana. Nak kena pegi juga nanti ni. Pernah pegi dulu je, itupun masa kecik2 tak tahu apa. skrg ni macam2 ada.

    ReplyDelete
  3. Tak tahu bila plak boleh sampai Johor, sekali sepnajang hidup ni pernah samapi kat Muar je, heheh

    ReplyDelete
  4. Betul..bagus juga ada senarai..hehehe.PC yang orang Johor pun lama sangat tak ke bandar JB kak Sue..adik-adik sepupu yang duduk Johor cakap semakin lama semakin banyak perubahan yang dibuat.

    ReplyDelete
  5. Lama tak pi JB...kat sana banyak port makan juju suka hehehe rindu

    ReplyDelete
  6. bestnye tempat2 kat johor ni,tak pernah sampai lagi...

    ReplyDelete
  7. Saya dulu kerja kat johor. Lepas balik keutara langsung tak pernah pi dah. Sekarang dah banyak tempat best² rasa teringin nak jalan² ke sana.

    ReplyDelete
  8. nad pun cadang nak cuti dekat johor..baca juga dekat bagasi.my ni..senang rujuk nak stay hotel nanti

    ReplyDelete
  9. Walau mak abah asal Johor. Tak semua tpt kami dah pergi. Insyaallah nk kasik perabih jln2 johor

    ReplyDelete
  10. Wah, byk jugak tempat best kat johor ek. Teringin nak p dkt hello kitty town tu.

    ReplyDelete
  11. Balik Jb nanti jenguk Mak Ayah, inshaAllah boleh ke kilang bateri. Belum pernah jejak kaki ke sana.

    Bazar karat macam menarik :)

    ReplyDelete
  12. Kilang Bateri dah Open hari tu khabarnye tutup plan nak pergi situ.. Kena plan blklah macam ni

    ReplyDelete
  13. Banyaknya tempat menarik kat Johor..sebelum bercuti ke johor boleh refer post ni.. :D

    Fatina Mudz || Amazing Distance

    ReplyDelete
  14. Wah banyak tempat bercuti at Johor, i want to go legoland also.

    ReplyDelete
  15. Menariknya semua tempat tu.. Teringin nak ke Kilang Bateri dan Hello Kitty Town tu..

    ReplyDelete
  16. walaupun saya org johor tapi baru 3 tempat je yg saya dah pergi.. harus nanti nak pergi kena tengok kat bagasi.my ni nanti kak.. supaya tak terlepas semua tempat menarik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️