Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue sempat ke Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras . Sebelum nie biasa deng...

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue sempat ke Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras. Sebelum nie biasa dengar nama aja tapi belum pernah pergi lagi. Akhirnya ada juga peluang ke Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras nie, memang meriah dengan harga promosi istimewa dan macam-macam pilihan menarik ada kat sini pada hari tu. Naik rambang mata pun ada..

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras


Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras nie telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nosution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna pada 1 Julai 2019 yang lepas. Pengerusi Lulu Group, Yusuf Ali berkata pembukaan cawangan baru nie adalah antara perancangan nak meluaskan lagi syarikat dan akan membuka lagi empat pasaraya hyper di tempat lain iatu Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan Johor Bharu sebelum berakhirnya 2020.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Pada hari pembukaan cawangan Lulu Hypermarket nie mereka adakan jualan promosi dari 1 Julai sampai 4 Julai tau korang. Punya lah ramai orang semua masing-masing nak rebut peluang shopping dengan harga promosi. Memula Kak Sue ingat nak join juga shopping, tapi bila nampak barisan panjang terus buat keputusan nak datang lain kali.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Lulu Hypermarket Shamelin nie hanya ada satu tingkat sahaja dan terletak di bahagian ground floor Shamelin Mall. Kalau korang parking kat bahagian bawah tu boleh terus naik atasnya aja. Senang tak payah nak berebut lif bagai. Kadang kalau nak shopping nie Kak Sue suka yang mudahkan Kak Sue bergerak baru selesa nak beli barang kan..

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Walaupun cawangan Lulu Hypermarket Shamelin nie satu tingkat aja tapi semua bahagian dan barang disusun kemas. Senang korang nak cari barang yang korang nak semua ada kat situ. Dari barangan runcit, barang basah macam daging, ayam, ikan dan makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan semuanya segar-segar belaka.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Selain tu korang boleh beli pilihan kekacang, kurma dan macam-macam lagi di bahagian Roastery. Ada juga makanan yang sedia di makan, kut lah masa shopping tu lapar pula kan boleh ke bahagian Hot Food. Ada satay, kek dan macam-macam lagi.

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Tak lupa juga bahagian pakaian untuk lelaki, perempuan dan anak-anak pun ada juga kat sini. Selain tu barangan elektrik pun ada juga tau korang. Masa Kak Sue pergi nampak ramai juga lah yang sakan beli tv, periuk nasi dan macam-macam lagi lah. Harga promosi gila-gila katakan, bukan sikit kurangnya hampit separuh dari harga sebenarnya. Mana taknya sakan semua orang memborong kan..

Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Pembukaan Cawangan Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras
Lulu Hypermarket di Shamelin Cheras

Apapun Kak Sue nak ucapkan tahniah kepada Lulu Group sebab berjaya buka lagi satu cawangan kat Shamelin nie. Harap satu hari nanti buka lah cawangan Rawang pula ya. Senang sikit Kak Sue nak shopping.. hehehe.. Korang yang mana dekat dengan Shamelin tu jemput lah singgah ya, harga memang berbaloi sangat. Untuk lebih detail macam biasa boleh singgah kat bawah nie ya.. papai!

Lulu Hypermarket

Website

Facebook

Instagram







You Might Also Like

18 ulasan

  1. memang best lulu ni sue pun suka singgah kalau gi kl,bilaaa la nak ada belah2 sepang ni

    ReplyDelete
  2. Betul kak Sue..tunggu dah reda sikit..datang semula..biasa baru-buka ni jadi tumpuan sangat-sangat..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Lulu untuk cawangan baru, harga Lulu ni pun boleh tahan murah kan

    ReplyDelete
  4. This is so cheap. I wish it's in kuantan

    ReplyDelete
  5. Besar nampak market lulu ni..harga pun murah2 jugak tu ya. Segar2 betul tgk brokali tu

    ReplyDelete
  6. wah akk dh pergi..kita tak pergi lagi..hahahaa..ni dah dekt bolehla pergi nnati...kata barang semua murah

    ReplyDelete
  7. Best nya orang yang dok Cheras.. macam-macam ada sana.. dulu ikea cheras la... sekarang Lulu Hypermarket pulak.. syok nyaa

    ReplyDelete
  8. Bestnya kak Sue dapat pergi Lulu Hypermarket. Mohon bukak kat Mersing pulak. 😁😁
    Baru lah syok nak shopping barang dapur..

    ReplyDelete
  9. Wah siapa duduk Cheras wajib berbelanja dekat sini sekarang. 50% woo :O

    ReplyDelete
  10. Best kalau shopping kat lulu, semua lengkap and harga pun sangat berpatutan. Boleh la jimat kan.

    ReplyDelete
  11. Bestnya... mujur jauh! kalau dekat awa terjah dh ni haha

    ReplyDelete
  12. Bestnya shopping kat sini. Barang murah2 sempena opening.

    ReplyDelete
  13. comelnye nama hypermarket

    ReplyDelete
  14. harap depa boleh bukak cawangan di negeri lain juga lps ni

    ReplyDelete
  15. kat shah alam tak nampak lagi lulu ni

    ReplyDelete
  16. Menarik lah artikel ni! Jom baca tentang Promosi Pakej Umrah yang sangat murah dan Car Rental in Alor Setar yang semakin femes hari demi hari juga Kereta Sewa Kota Kinabalu 2020 , Kereta Sewa KL dan Kereta Sewa Langkawi

    ReplyDelete
  17. untungnya korang yang berdekatan. harga memang murah sangat. jimat berganda

    ReplyDelete
  18. Tak pernah sampai lagi ke Lulu Hypermarket nie.. time pembukaan nie banyaklah sale ye kak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.