Salam Israk Mikraj

Assalamualaikum, hai semua. Salam Israk Mikraj pada semua yang beragama Islam. Selamat bercuti pada yang bercuti tu ya. Untuk info Israk Mikraj nie salah satu peristiwa yang tercatat dalam takwin Islam tau. Kak Sue pun hampir lupa hari nie adalah hari memperingati peristiwa penting bagi kita orang Islam. Jom Kak Sue nak share sikit info ringkas untuk kita semua renung-renungkan bersama..

Salam Israk Mikraj
Salam Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj nie terjadi pada 27 Rejab tahun 621 Masehi. Masa tu Nabi Muhammad SAW berumur 52 tahun. Ia bermula dari selepas tengah malam sehingga menjelang subuh. Sebelum peristiwa nie berlaku Rasullulah berada dalam keadaan dua kesedihan. Pertama isteri kesayang Baginda Siti Khadijah meninggal dunia. Kedua bapa saudara Baginda Abu Thalib pun telah meninggal dunia..

Untuk menghilangkan kesedihan tersebut Allah SWT mengembirakan Baginda dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk bermaksud perjalanan Rasullulah SAW ke Baitullah, Mekah dan Baitulmaqqadis Palestin.

Baginda menunggangi seekor binatang bernama Buraq binatang dari Syurga. Malaikat Jibril dan Milkail memimpin perjalan tersebut. Sebelum sampai ke Baitulmaqqadis mereka akan berhenti pada empat tempat.

* Tempat pertama Kota Thoibah (Madinah) Baginda menunaikan solat sunat disini.

* Tempat kedua Madyan Baginda menunaikan solat sunat berdekatan dengan sebatang pokok tempat Nabi Musa AS berteduh

*Tempat ketiga Bukit Thursina Baginda menunaikan solat sunat pada tempat Nabi Musa AS berbicara dengan Allah

* Persinggahan ke empat Baitul Laham tempat nabi Isa AS dilahirkan. Baginda SAW menunaikan solat sunat di situ

Mereka tiba di Baitul Maqdis, Rasullulah SAW menambat Buraq di pintu Masjidil Aqsa. Baginda masuk dalam ke dalam masjid dan mengimamkan solat jemaah bersama para nabi dan Rasul.  Setelah itu Jibril membawa satu bekas berisi arak dan satu bekas berisi susu. Baginda memilih susu lalu meminumnya.

Kemudian di bawa turun Mikraj (anak tangga) dari Syurga Firdaus. Lalu Banginda dan malaikat Jibril menaiki tangga tersebut untuk naik ke atas langit. Pada setiap langit Baginda SAW bertemu dengan..

Langit pertama Nabi Adam AS

Langit kedua Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS

Langit ketiga Nabi Yususf AS

Langit keempat Nabi Idris AS

Langit kelima Nabi Harun AS

Langit keenam Nabi Musa AS

Langit ketujuh Nabi Ibrahim AS

Kemudian Baginda naik betseorangan ke Sidratul Mutaha (atas langit ketujuh). Di sini lah Baginda menerima perintah solat fardu. Pada mulanya solat 50 waktu sehari semalam. Namun telah dikurang menjadi 5 waktu sehari semalam. Setelah itu Banginda turun bersama Jibril ke Baitul Maqdis. Kemudian Baginda pulang menaiki Buraq, lalu pulang semula ke Baitullah, Mekah. 

Peristiwa ini juga ada dalam Al Quran surah Al Israa' 1 seperti berikut..

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Al-Quran Surah Al Israa' 1)

Semoga bermanfaat dan untuk renungan kita bersama.

Sumber dari Whatapss dan Wikipedia



Post a Comment

7 Comments

  1. cerita Isra' Mikraj adalah antara cerita zaman Nabi SAW yg xkan jemu2 didengar. seronok dan banyak pengajaran..

    ReplyDelete
  2. Salam Israk dan Mikraj Kak Sue sekeluarga.Nabi yang terpilih dan istimewa.Moga kita umat sentiasa bersyukur terutama dalam bab solat daripada 50 rakaat menjadi hanya 5 rakaat sahaja..Allahu.

    ReplyDelete
  3. Salam Israk Mikraj kak Sue. Kisah Nabi Muhammad memang seronok dan tak jemu dibaca. Jadi pengajaran buat kita

    ReplyDelete
  4. salam isra' mi'raj kak. semoga beroleh manfaat dari peristiwa besar dalam sejarah agama kita nia.

    ReplyDelete
  5. salam israk mikraj kak

    ReplyDelete
  6. Salam Israk Mikraj kak Sue..

    ReplyDelete
  7. salam israk mikraj...pttnya Malaysia kena bg cuti pd yang beragama Islam. Pemimpin kita kan ISlam

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️