Taman Mini Kami

Assalamualaikum, hai semua. Sebelum nie Kak Sue ada kongsi deko rumah dan taman kat sini juga kan. Kali nie Kak Sue saja nak kongsi lagi tapi Taman Mini Kami yang baru pula. Belum siap sepenuh lagi pun, tapi tak sabar dah nak letak kat sini sebagai kenangan Taman Mini kami nie nanti. Tengok lah lepas beberapa bulan ada penambahan atau tak kan.. hehehe..

Taman Mini Kami
Taman Mini Kami

Taman Mini Kami

Taman Mini Kami nie sebenarnya idea Kak Sue dan Abang Man. Memula pindah rumah baru nie bahagian Taman Mini lah yang Kak Sue deko-deko dulu. Gigih ajak Abang Man beli batu-batu putih tu nak deko kat situ dan Kak Sue ada tambah beberapa pokok bunga lagi buat penyeri. Semua tu Kak Sue beli kat nursery pokok area Sungai Buluh dengan harga dalam RM60 lebih aja. Murah kan..

Dekat area rumah Kak Sue yang baru nie ada satu kawasan bukit. Entah macam mana tajam mata Abang Man boleh nampak ada pokok Periuk Kera kat situ. Gigih kami suami isteri pi korek pokok kat situ, rupanya banyak Pokok Periuk Kera macam-macam saiz ada. Nanti Kak Sue tunjuk pokoknya ya. Tambah lagi satu jenis pokok kat Taman Mini kami nie..

Taman Mini Kami
Taman Mini Kami
Bahagian belakang rumah pula Abang Man tanam pokok Kari, Serai dan Daun Pandan. Ada lagi beberapa pokok yang Abang Man plan nak tanam. Teruja betul nak tanam menanam nie. Tambah tengok jiran-jiran kat sini kebanyakannya suka deko taman dan tanam menanam nie. Seronok suasana macam nie kan. Ada pemandangan hijau kawasan rumah kita..

Nanti entri akan datang Kak Sue kongsikan lagi deko rumah dan taman cara Kak Sue nie ya. Taman Mini banyak lagi nak buat sebenarnya, nak tambah pokok dan batu-batu putih tu lagi. Okay lah jumpa lagi nanti, nak sambung kerja ngemas lagi nie.. papai!



7 comments

  1. Best la...nanti penuhkan kak kawasan ni....seronok tenang je mata tengok..

    ReplyDelete
  2. Seronok baca progress rumah baru kak su

    ReplyDelete
  3. Cantik lah kak sue. Berkenan tengok. Nk tgk lagi pls.

    ReplyDelete
  4. Hadoi.. comelnya kak.. Suka Sha tengok.. rajin akak dengan suami..

    ReplyDelete
  5. Wahhh...mesti cantik. Leya pun memang suka tengok taman menghijau ni. Kadang blk keje penat, hilang penat tengok taman mini yg cantik kan.

    ReplyDelete
  6. wah kak sue cantiklah taman mini kak sue.. segar2 pokoknya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.