Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP

Assalamualaikum, hai semua. Semalam Kak Sue berpeluang hadir ke majlis Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek pada semua. Macam yang kita semua tau kan, dengan berzakat nie kita dah tunai rukun Islam yang wajib bagi yang layak. Selain dari tu dengan berzakat kita dapat membantu golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan. Lagi kita memberi bersedekah atau berzakat lagi banyak yang kita dapat dan rezeki pun berkat kan. Jom kita Jadi Kaya Dengan Zakat jom..

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP
Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP

Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) adakan kempen Jadi Kaya Dengan Zakat bagi memudahkan lagi pembayar zakat untuk membayar zakat. Zakat harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Korang juga boleh digalakkan untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP
Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP

Selaras dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu " Memudahkan Anda Berzakat" empat saluran pembayaran zakat trlah disediakan bagi memudahkan pembayaran adalah melalui :

KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM. Waktu operasi 1 Disember hingga 25 Disember, 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung Baru
3. Masjid Negara
4. KLSC, Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Iman Al-Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
11. Labuan Time Square

Bagi menpromosi saluran ini dengan penampilan istimewa adalah Ustaz Haslin Baharin, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail

PORTAL PPZ-MAIWP - WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui salurab ini?

1. Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas
3. Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat
4. Intregasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat dilakukan
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja anda berada

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin

PERBANKAN INTERNET

1. Dengan konsep semudah dihujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP

2. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat.

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf

KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhimatan khas 'Door To Door' bagi pembayaran zakat RM5,000 ke atas. Perkhimatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi Talian Zakat 1 300 88 5757 bagi perkhidmatan ini.

Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini adalah Bell Ngasri.

TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10.00 bagi mendidik kanak-kanak untuk leebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi menggalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan.

PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan.

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP
Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP
Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP, pelbagai cenderahati khas seperti kalender 2019 turut disediakan.

Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksklusif PPZ-MAIWP Tuan Haji Shukri Yusoff dengan prnampilan istimewa Amar Baharin, Bell Ngasri dan PU Azman.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Perseketuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang tetdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada lasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguh penuaiannya. 

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP
Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat Bersama PPZ-MAIWP
Haa.. jelas dah semua pada korang yang menepati syarat dan layak tunaikan zakat boleh lah ke empat saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP nie ya.

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"



7 comments

  1. WAALAIKUMUSSALAM kak bagus peringatan berzakat macam ni

    ReplyDelete
  2. seronok nak berzakat dgn adanya program mcm ni kan

    ReplyDelete
  3. dah buat potongan gaji utk zakat ni setiap bulan

    ReplyDelete
  4. Bagus ada kempen macam ni untuk kita tunaikan zakat

    ReplyDelete
  5. Masih sempat utk tunaikan zakat ni. Banyak saluran yang disediakam utk memudahkan pembayar zakat

    ReplyDelete
  6. Bagus kempen yang dijalankan pihak zakat nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.