Jumaat Datang Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie Jumaat datang lagi.. Tak tau nak gambarkan perasaan Kak Sue nie macam mana bila Jumaat datang lagi. Sekuat mana pun hati Kak Sue nie melawan tapi masih ada bermacam rasa yang datang dalam diri Kak Sue nie.. Allah saja lah yang tahu macam mana rasa tu bila datang..

Jumaat Datang Lagi
Jumaat Datang Lagi

Bila Jumaat Datang Lagi

Bila Jumaat datang lagi dada Kak Sue jadi berdebar-debar. Rasa sayu dan sedih.. marah, geram semua bercampur dalam satu rasa. Macam mana kuatnya Kak Sue melawan, nak lupakan, nak redhakan.. lebih kuat lagi rasa tu datang. Sampai kadang tu bila pejam mata terbayang balik semuanya.. memang satu kenangan yang takan dilupakan seumur hidup Kak Sue..

Kadang bila Kak Sue duduk sorang-sorang Kak Sue tertanya-tanya kenapa ujian nie datang dalam hidup kami sekeluarga sebab rasa tak kuat dalam diri Kak Su9e, tapi bila ingat balik kata-kata yang Kak Sue baca dan terima dari orang lain.. Allah tak uji pada mereka yang tak mampu. Allah uji sebab Allah sayang. Rasa tenang lah sikit hati buat sementara waktu..

Tak tau lah berapa lama lagi nak hilangkan rasa nie. Harap nanti-nanti Kak Sue boleh redhakan dan ikhlaskan hati sebetul-betulnya. Sebab bercakap dengan nak laksanakan tu bukan kerja yang mudah. Apatah lagi bila libatkan hal keluarga kan. Nak bercerita dan berkongsi lebih tak mampu rasanya.. Hanya dengan doa dan banyak-banyak ingat Allah saja yang dapat tenangkan sikit hati nie..

Terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan yang ambil berat bertanya khabar pada Kak Sue. Kalau ikutkan pada zahirnya dah kembali macam biasa, tapi dari segi batinnya masih ada bermacam rasa yang tak dapat nak diluahkan. Semoga Allah menjaga dan lembutkan hati kami sekeluarga redha dan ikhlaskan dengan ujian nie. Semoga ujian nie juga beri hikmah yang lebih baik untuk kami sekeluarga.. aamiin ya rabb..

Sambungan luahan rasa dari Kenangan Yang Takan Dilupakan








10 comments

  1. Bangun malam kak Sue....ambil masa untuk kak sue bersendirian....bicaralah dengan DIA..sungguh-sungguh..fokus betul-betul...masa tu luahkan semuanya..nangislah betul-betul..seiring waktu insyaAllah Allah bantu..yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PC.. bagus sangat cadangan PC nie.. betul juga perlu masa sendiri dan lepaskan sebab Kak Sue tak lepaskan sepenuhnya sejak dari hari kejadian.. Terima kasih sekali lagi.. semoga PC sentiasa dalam rahmat Allah.. aamiin ya rabb.. ❤

      Delete
  2. Perasaan nak meredhakan tu bukan mudah.. Sha faham dan Sha juga tengah berusaha.. Walaupun situasi kita berlainan, Sha doakan swmoga perasaan kak sue semakin tenang dan Redha.. Walau apa pun yang berlaku, pasti ada himmahnya dari Allah..

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segalanya buat Sue dan keluarga. Adalah lebih baik kita simpan apa permasalahan dan bercerita serta meminta pertolongan dariNya. Bercerita dgn orang tak akan menyelesaikan masalah kekadang tu tapi akan menambahkan rasa beban dijiwa..Yang pasti Dia sedang menduga dan mintalah pertolongan dariNya

    ReplyDelete
  4. Ni kiranya dah jadi trauma kak. Mmg ambil masa. Selalunya berzikir ingat Allah ye

    ReplyDelete
  5. nak redho dengan sesuatu perkara tu bukan senang kak sue. Ambil masa selama mana akak nak, semoga akak sentiasa dalam lindungan DIA. Jaga diri & anak2 ye kak sue

    ReplyDelete
  6. Ya kan.. Bkn mudah lupakan. Setiap org ada kenangan pahitnya. Saya pun begitu juga kak, lagi teruk rasanya, di hina, di caci depan2,

    ReplyDelete
  7. Buakn mudah nak lupakan sesuatu yang kita alami. Semoga kak sue terus kuat

    ReplyDelete
  8. bersabar lah kak..semoga lepas hujan lebat ada pelangi menanti

    ReplyDelete
  9. Faham perasaan kak sue. Semoga terus tabah dan kuat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.