Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang baru-baru nie Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri. Rasanya kebanyakan dari kita dah kenal dan tau produk yang satu nie kan. Macam kita mak-mak nie memang risau bila anak-anak membesar nie mula nak teroka dunia luar dan berdepan risiko terdedah pada pelbagai jenis kuman. Bila Dettol lancarkan semula rangkaian pembersihan diri dengan rumusan baru nie tak ada lah kita risau sangat dah kan..

Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

Mendengar keluhan para ibu, jadi Dettol lancarkan semula rangkaian pembersihan diri dan sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia ** yang melindungi  semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Wah hebat kan.. selain penjagaan diri Dettol juga lindungi kita dari kuman berbahaya..

Jom Kak Sue nak kongsi lagi tentang Dettol terbaru ProFresh yang dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada badan bau badan. Haa bau badan nie memang menganggu dan terganggu kan, tapi dengan Dettol ProFresh nie ia memberi perlindungan selama 12 jam tau bagi memastikan kesegaran sepanjang hari walaupun dalam keadaan cuaca kat Malaysia nie yang panas dan lembap..

Dettol ProSkin pula menyediakan kelembapan selama 8 jam untuk kekalkan perlindungan kulit untuk kita sekeluarga yang selama nie selalu terdedah pada persekitaran seperti sinaran matahari yang terik atau dalam persekitaran penyaman udara yang berterusan. Memang boleh buat kulit kita kering lah kan kalau macam nie, nasib ada Dettol Proskin kan..

Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Dettol Rangkaian Pembersihan Diri
Untuk info korang sejak dilancarkan lebih 80 tahun lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang melindungi kekuarga masing-masing. Macam Kak Sue juga lah, sampai anak-anak Kak Sue cakap Ibu jangan lah paranoid jadilah Ibu Dettol. Kemahin sangat kan.. hehehe..

Dettol jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga melalui kebersihan nie sentiasa perbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang berevolusi dalam zaman ini. Tak hairanlah jenama nie mendapat kepercayaan daripada ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga kekalkan kebersihan diri dan kesihatan..

Menurut Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura kita mandi untuk bersihkan badan dan selain dari keperluan asas nie, ada keperluan lain yang lebih versetail dan yang lebih mendalam bergantung krpada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka bergantung kepada dua keperluan, perlindungan bau yang selalu dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang ada pada kulit dan berpeluh dalam cuaca tropika yang panas dan pelindungan kulit pula yang mengekalkan kulit sentiasa sihat dan tak kekeringan. Ini adalah cabaran di negara ini disebabkan terdedah pada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.

Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Dettol Rangkaian Pembersihan Diri
Dengan produk pembersihan diri Dettol yang baru dirumuskan untuk memberikan 'perlindungan daripada 100 kuman bahaya' bagi memenuhi kedua-dua keperluan. Kedua-dua rangkaian nie telah diujisecara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga. Jadi korang tak perlu risau tau nak gunakan sebagai mandian harian..

Menurut kata Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi pula ibu bapa pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga. Kita sebagai ibu gembira bila lihat anak-anak aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Tapi pada masa yang sama kita juga risau tentang kuman yang tak nampak yang boleh melekat pada badan anak-anak. Dengan bau badan pula kan.. Bayangkan anak-anak kita balik ke rumah dari aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan bila masuk rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah selosi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada bahaya, penyelesaian diuji secara dermatologi amatlah penting.

Dr Steven juga menjelaskan orang ramai mempunyai tanggapan yang salah tentang peluh yang menyebabkan bau badan. Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk hapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan kita dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tapi meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Dettol Lancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Dettol Rangkaian Pembersihan Diri
Jom kita kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi keluarga kita daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat. Rangkaian pembersihan diri Dettol ada lima pilihan yang menyegarkan Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh dan Skincare. Korang kalau nak cuba, produk nie ada di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.64 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

Untuk info
* 34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+Sabun Buku+Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber : Kantar Worldpanel Malaysia

* Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit





6 comments

  1. Dettol yang biru Cool tu PC guna kak..sebelum n ada juga pakai sabun buku dia..kalau babah PC suka pakai sabun buku dettol..

    ReplyDelete
  2. saya suka dettol, sebab ada nak kecil, kebersihan kena utamanakan

    ReplyDelete
  3. Dettol memang best.. Anak anak saya kalau pakai semerbak harum

    ReplyDelete
  4. Antara jenama dipercayai sejak ana kecik lagi. Skrg dah ada mcm2 produk Dettol. Nampak fresh lagi.

    ReplyDelete
  5. Dettol yang biru kalau guna waktu mandi pagi dengan air sejuk rasa beku semacam ja XD

    ReplyDelete
  6. Cool je kalau guna yang warna biru tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.