Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi info Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat. Ya lah sebagai ibu bapa kita kena lah ambik tau dan cuba cara bijak sediakan makanan berkhasiat untuk keluarga kita kan. Sekarang kita kena lebihkan penjagaan dalam makanan dan kesihatan kita, sebab nampak macam kadang tu kita sakit sebab abaikan perkara penting macam nie..

Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat
Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat


Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat

Kadang Kak Sue sendiri pun leka dan ambik mudah juga bab makan nie. Baru-baru nie Kak Sue ada baca perkongsian dari group whatapps sekolah Ustaz Kecik jadi Kak Sue rasa penting untuk Kak Sue kongsikan kat sini pula dengan korang semua. Jom kita tengok beberapa cara bijak sediakan makanan berkhasiat jom..

* Buang lemak pada daging dan kulit ayam
Ada orang takut makan ayam sebab ada banyak lemak kan. Kalau kena dengan cara boleh aja korang nak makan ayam. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat kurangkan lemak.

* Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum di makan
Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk kyrangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah ternasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya. 

* Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-sayuran
Ia akan membuatkan sayur cepat masak dan daun sayur boleh menghilangkan khasiatnya

* Bagi kekalkan khasiat Ubi Kentang dan Keledek, masak bersama kulitnya
Khasiat Ubi Kentang nie lebbih terjamin apabila korang masak dengan kulit tau tapi pastikan basuh kulitnya dengan bersih dulu sebelum masak ya..

* Memastikan Air Mendidih atau minyak benar-benar panas
Sebelum korang masukkan makanan paatikan minyak untuk mengoreng atau air untuk merebus dah betul-betul panas. Kalau korang masak sayuran hijau, kalau air atau minyak tak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Selain tu korang juga boleh sediakan ais untuk pastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya. Baru sedap kan korang..

* Kurangkan pengunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam makanan
Gunakan bahan semulajadu seperti rempah ratus atau pun sayuran seperi karot untuk menambah rasa makanan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan pengawet atau penambah rasa. Haa.. yang nie nak kena kurangkan nie.. hehehe..

* Jangan gunakan minyak masak berulang kali
Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon dalam minyak masak meningkat dan sebakan saluran arteru tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Aishh.. bahaya nie kan..

Haa.. itu antara cara bijak yang Kak Sue kongsikan kali nie untuk korang. Lepas nie kita kena pastikan keluarga kita disediakan makanan seimbang dan berkhasiat kan. Tak boleh semua, buat sikit-sikit pun jadi lah kan. Kita kena banyakkan hidangan yang dimasak cara panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng. Semoga bermanfaat untuk semua ya.. papai!

Untuk info petikan dari whatapps nie sumber rujukan  dari Majalah Mingguan Wanita


Post a Comment

7 Comments

  1. good tips kak sue.. insya allah nak amalkan lah

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bgus kak...tq :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing kak..perkongsian yg bagus untuk kkita kawal pemakanan dan jaga kesihatan

    ReplyDelete
  4. Sayur atau buah selalu ana akan rendam dengan garam. Kemudian bilas. Tak pun cuci dengan pencuci buah-buahan tu.

    ReplyDelete
  5. Bagus tips ni... ada yang selalu di amalkan dekat rumah setiap hati.. bagi yg tak tahu boleh follow tips kak Sue share

    ReplyDelete
  6. Bagusnya perkongsian akak nie.. Ada tips yang Sha buat..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️