Tips Untuk Tenang Diri dan Hidup

Assalamualaikum, hai semua. Dalam kita menjalankan rutin harian, kita mesti nak hidup dan diri kita nie tersusun dengan baik kan. Kalau boleh nak tenang ja diri dan hidup kita nie kan. Kali nie jom Kak Sue nak kongsi dengan korang Tips Untuk Tenang Diri dan Hidup..
Tips Untuk Tenang Diri dan Hidup
Tips Untuk Tenang Diri dan Hidup


 Tips Untuk Tenang Diri dan Hidup

* Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

* Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenagan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

* Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

* Jangam menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.

* Banyakkan senyum dan ketawa. Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.

* Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri.

* Sentiasa menjadi insn pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.

* Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik beradik, jiran, rakan prjabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

* Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

* Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

* Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.

* Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.

* Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.

* Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.

* Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat kekal abadi.

* Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.

* Berbelanja mengikut kemampuan. Buakan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

* Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat Rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

* Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

* Banyakkan riadah dan bersukan.

Haa.. tu antara tip untuk tenang diri dan hidup yang Kak Sue ambik dari group Whatapps sekolah Ustaz Kecik. Terima kasih Ustaz Amin, semoga pahala perkongsian yang bagus nie berpanjangan untuk Ustaz ya dan semoga bermanfaat juga untuk korang semua.. papai..

9 comments

  1. tips yang bagus kak.. insya allah nak follow

    ReplyDelete
  2. terima kasih k.sue... sy pun sedang mencari ketenangan ni.... thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus kak. Alhamdulillah sekarang saya makin tenang.Tq akak

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak Sue kongsi tips ni...

    ReplyDelete
  5. Jangan menangguhkan kerja.. itu kena didik diri betul2

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg bgus kak..

    ReplyDelete
  7. no 1 dan yg last tu.
    i am trying hard right now, shu.
    no 1 tu is the key to everything.
    ada dgr dlm radio, bila kita ada masa tuk Allah, awal waktu solat, Allah akan bagi kita lebih byk masa.
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Perkongsiang yang bagus.. TQ sis..

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk tips yang berguna ini..sam2 lah kita amalkan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.