Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai - Shuhaida Kabdy

Sunday, June 3, 2018

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai yang Kakak anak dara Kak Sue yang sorang tu cuba-cuba nak memasak. Alhamdullilah, ringan sikit kerja Kak Sue kat dapur sekarang nie sebab Kakak memang banyak bantu. Nasib lah Kakak pun ada minat nak masak, suka mencuba. Cuma Kakak nie lebih suka cuba resepi lauk pauk dari resepi kek atau kuih muih nie. Okay lah, jom kita tengok apa bahan dan cara masak Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai yang Kakak masak nie jom..

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Sebenarnya, Kak Sue agak suka resepi yang nie tau. Ada rasa masam-masam campur pula dengan daun limau purut dan bunga kantan tu kan. Memang membuka selera bila ada rasa masam-masam tu. Rasanya lepas nie, Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai nie akan jadi salah satu menu kesukaan kami sekeluarga. Sedap.. hehehe..

Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai

Resepi Asal : www.buatoranglapo.com

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 biji tomato
Tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan Cincang Halus :
3-4 ulas bawang merah - Kak Sue guna 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda
1 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus : 
1 kuntum bunga kantan (kecil)
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi (boleh tambah @ kurangkan)

Bahan-Bahan Sos
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis / lemon
1 sudu besar kicap manis

Cara-cara :
Bersihkan ikan dan toskan. Lumur ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya. Perap sekejap ya
Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan minyak sekejap
Untuk kuah pula, tumiskan semua bahan yang di cincang halus sehingga naik bau
Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos. Kacau rata
Biar mendidih, masukkan pula bahan-bahan hiris, air dan garam secukup rasa
Masak sampai kuah pekat sedikit. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap dan tutup api
Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba korang..





9 comments:

  1. Terima kasih share resepi kak sue.. Terkeliur dan mesti rasanya upmmhhhhhhh sangat ni.. masam manis pedas kan.. adiuuuu kne cari ni

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi try resepi ni dengan talapia Sue, kalau siakap tu dah biasa kan :)

    ReplyDelete
  3. sedap sungguh tu Sue..memang favorite anak beranak kami tapi guna ikan siakap selama ni..

    ReplyDelete
  4. ray baru makan 2 hari lepas cm tu. i love itttt

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillahhh ringan dah keje kak sue eh kakak dah boleh ambik alih dah tugas di dapur,sedap pulak nengoknya,ikan siakap ada tapi tak masak2 lagi hehehhe

    ReplyDelete
  6. siakap ni memang selalu buat orang mudah lapar biar dengan apa jua menu yang kita buat, tapi memang nampak sedap sangat ni

    ReplyDelete
  7. alahai kak nyesal singgah sini hihiii.. terliuq dah ni

    ReplyDelete
  8. sedapnya tengok resipi ni :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.