Resepi Kari Udang Nyonya - Shuhaida Kabdy

Thursday, May 17, 2018

Resepi Kari Udang Nyonya

Assalamualaikum, hai semua! Salam Ramadhan, hari nie hari pertama kita berpuasa kan. Korang dah ada idea ka nak masak apa hari nie? Kak Sue cuba resepi Kari Udang Nyonya hari nie. Semalam ada pula hamba Allah berkongsi menu sepanjang bulan Ramadhan, belek punya belek macam tertarik dengan resepi Kari Udang Nyonya. Kebetulan Abang Man beli udang semalam. Anak-anak pun suka, jadi hari nie Kak Sue kongsikan menu pertama bulan puasa untuk tahun nie..

Resepi Kari Udang Nyonya
Kari Udang Nyonya
Sebenarnya resepi asal guna ayam untuk bahan utama, tapi Kak Sue macam biasa lah pepandai derhaka kat tuan punya resepi. Kak Sue tukar kepada udang. Ada juga Kak Sue tambah sukatan bahan dan bahan dalam resepi nie, kita yang buat dia kan, hehehe.. Kak Sue ucapkan terima kasih kepada empunya resepi, semoga pahala ilmu nie berterusan selamanya ya.. aamiin ya rabb.. Jom kita tengok cara dan bahannya jom..

Kari Udang Nyonya

Bahan-bahan :
1 kg udang saiz sederhana
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
3 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
4 biji buah keras
2 biji cili masak
1 sudu rempah daging
1 kotak santan
Cili kering - ikut nak pedas macam mana

Cara-cara :
Kisar semua bahan yang di tanda * tadi
Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi dan masukkan daun kari dan rempah kari. 
Kacau sehingga naik bau
Kemudian masukkan santan dan udang juga daun limau purut
Biarkan masak sekejap, perasakan
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi lain boleh singgah sini Resepi Kari Udang Galah




5 comments:

  1. kita buat udang gak semalam kak sue tp asam pedas

    ReplyDelete
  2. Mudah je resepi tu kak. Nak ciba juga lah tapi ana nak guna ayam. Syahmi tak leh makan udang.

    ReplyDelete
  3. Next boleh buat ni..senang jer bahan dia...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. .kari ni PC suka makan dengan roti.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak sue. Sy xpernah lg rasa atau makan udang masak kari macam ni. Bulan puasa ni boleh lah cuba resepi baru. TQ kak sue sharing resepi sedap macam ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.