Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor - Shuhaida Kabdy

Friday, March 23, 2018

Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor pula dengan korang. Rasanya kebanyakkan dari kita dah tahu pun kan. Kak Sue saja kongsi kat sini nanti boleh lah Kak Sue atau yang belum tau datang baca kat sini sebagai rujukan juga. Jom kita tengok Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor jom..

Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor
Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor - Sumber Google

Sebab Diharamkan Solat Sebelum Waktu Zohor

Antara sebab diharamkan solat sebelum waktu Zohor iaitu 15-30 minit sebelum, ialah..

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali..

• Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hair solat Jumaat

• Berada di Masjidil Haram
(Mekah, Madinah dan Al-Quds)

3. Waktu ini, jin dan syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan meraka dari unsur api.

Dengan pancaranatahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuan kecerdasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikut sunnah, pasti berkah

Haa.. dah tahu kan, sebab dan kenapa diharamkan solat sebelum waktu Zohor. Kadang benda macam nie ada yang ambik mudah. Patut lah orang tua-tua melarang keras termasuk lah Mak Kak Sue sendiri, keluar berjalan waktu tengahari rembang. Rupanya ada maksud yang tersirat kan.

Terima kasih pada Hamba Allah yang berkongsi, semoga pahala mengalir terus selamanya.. aamiin ya rabb.. Kak Sue macam biasa cuma kongsikan balik kat sini. Semoga bermanfaat untuk semua ya..

7 comments:

  1. Terima kasih Kak Sue sudi berkongsi....mama pun larang PC berkeliar di luar waktu rembang....dari kecik...jadi ingat sampai sekarang....cuma dalam hal yang tak dapat dielakkan..ada pengecualian...

    ReplyDelete
  2. good sharing Sue...kekadang kita ni alpa dan terlupa dan bila baca ni buat kita ingat kembali kan

    ReplyDelete
  3. Yup memang tahu sebab tak boleh solat sebelum zohor nak nak time matahati terpacak meninggi kan. Golongan jin dan syaitonnirrajim tengah recharge batei dorang yang tengah weak..hahaha...Setiap yang ditetapkan pasti ada hikmah dan asbabnya

    ReplyDelete
  4. tq kak sue for sharing.. oo namanya waktu remang ye

    ReplyDelete
  5. Qailullah tu banyak kebaikan dia. Ada org tu memamg amal setiap hari. Alhamdulillah takde migrain sakit kepala semua.

    ReplyDelete
  6. thankyou for sharing. Lepasni kena practice Qailullah tu

    ReplyDelete
  7. Yup..betul tuh... Terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.