Resepi Mee Hoon Sup Daging

Assalamaualaikum, hai semua! Rasa macam lama tak kongsi resepi kat sini kan. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah dan ringkas Mee Hoon Sup Daging cara Kak Sue. Cuaca panas macam sekarang nie sedap kan makan berkuah macam nie. Nak makan yang bersantan tu macam tak berapa nak lalu lah pulak. Okay lah, tanpa buang masa jom lah kita tengok resepi Mee Hoon Sup Daging nie jom..

Resepi Mee Hoon Sup Daging
Mee Hoon Sup Daging

Resepi Mee Hoon Sup Daging

Resepi Mee Hoon Sup Daging cara Kak Sue nie senang ja korang. Main campak-campak sekejap dah siap dah. Cuma kami sekeluarga nie jenis kuat makan sayur kan, jadi sayur tu memang banyak jenis juga la Kak Sue masukkan dalam resepi Mee Hoon Sup Daging nie. Lepas tu tadi tak ada kiub daging, Kak Sue masukkan separuh kiub ayam dalam kuah sup tu. Kalau tak nak masukkan pun boleh ja..

Mee Hoon Sup Daging

Bahan-bahan :
Daging batang pinang - lebih kurang sekilo
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 inci halia - diketuk
2 helai daun salam
1 sup bunjut
1/2 kiub ayam Knorr ( seeloknya kiub daging tau)
2 biji kentang - dipotong kecil
Beberapa jenis sayur - ikut pilihan korang ya
Sedikit lada hitam
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Rebus daging separuh empuk, tos dan ketepikan
Kemudian potong daging kecil-kecil atau ikut kesukaan masing-masing
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan semua bahan yang dikisar, halia yang diketuk dan sup bunjut tadi sehingga naik bau
Kemudian masukkan air rebusan daging tadi dan air ikut banyak mana yang korang nak ya
Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan daging yang dah dipotong tadi
Masak lagi sehingga daging empuk dan masukkan daun salam
Bila daging dah empuk, masukkan kentang dan sayur
Akhir sekali, perasakan dengan garam dan kiub ayam ( lebih elok kiub daging )
Kacau sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Untuk sayur tadi korang celur ja dengan sedikit minyak dan garam. 

Untuk mee hoon pula, macam biasa korang celur sekejap. Kalau suka mee hoon warna kuning boleh letak kunyit sikit masa rebus tu ya.. Selamat mencuba

Untuk resepi lain boleh baca disini Resepi Sup Pedas Ikan Siakap

10 comments

  1. sedapnya mee hoon sup

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kak Sue... Boleh dicuba nanti kat rumah.. Tq

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan mee hoon sup.. Sedap ni kak sue 😍

    ReplyDelete
  4. sedapnya. tapikan kalau buat mesti fail kat kuah, nampak mudah, tapi renyah..hihihi

    ReplyDelete
  5. sedapnye...cuaca hujan dpt menu ni mmg yummm

    ReplyDelete
  6. alahai lazatnya kak sue.. boleh cuba laa nanti

    ReplyDelete
  7. eh menu kita sama lah tapi ana buat bihun sup ayam lah :D

    ReplyDelete
  8. Bonde sekarang suka makan daging dari ayam... terliur tengok bihun sop akak ni.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya...bihun sup daging memang sedap.nanti nak try lah resipi akak nih..hari hari asyik mkn nasi putih dgn lauk bosan juga...sekali sekala makan bihun sup pulak kan

    ReplyDelete
  10. Okey senang jer resepinya..macam SA x berapa suka bihun..boleh la tukar dengan mee kuning kan?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.