Resepi Masak Lemak Pucuk Paku

Assalamualaikum, hai semua! Lama Kak Sue tak kongsi resepi dengan korang kan. Kadang tu masak lauk dan menu yang sama ja. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Resepi Masak Lemak Pucuk Paku pula. Senang aja pun, rasanya ada yang dah tahu pun masak menu nie kan. Apapun untuk yang baru-baru nak belajar masak tu, boleh la cubab nanti ya. Jom lah kita tengok Resepi Masak Lemak Pucuk Paku cara Kak Sue nie jom..

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku
Masak Lemak Pucuk Paku

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku cara Kak Sue nie macam resepi yang lain juga, mudah dan ringkas. Yang penting kuah mesti kena pedas sebab Abang Man memang suka makan pedas, kalau tak pedas tak berapa nak selera makan katanya. Untuk korang, boleh ja nak kurangkan atau nak tambah lagi kepedasan tu ya. Ikut selera masing-masing kan..

Lagi satu, Kak Sue guna santan kotak ja korang tapi kalau rajin dan nak lagi sedap elok pakai santan kelapa tu lagi. Kuah pula ikut korang nak macam mana, setengah suka cair, setengah suka pekat kan. Kak Sue suka tak pekat dan tak cair sangat, sedang elok ja. Masak Lemak nie kalau makan dengan ikan masin memang ngam sangat la kan. Mesti bertambah makan, ke laut lah kalau yang niat nak diet tu.. hehehe.. Jom tengok bahan dan cara masak Masak Lemak Pucuk Paku nie..

Masak Lemak Pucuk Paku

Bahan-bahan :
2 ikat Pucuk Paku
1 kotak santan Kara
1/2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 keping asam keping
2 batang serai
1/2 kiub ayam Knorr
Garam secukup rasa

Cara-cara : 
Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk
Masukkan santan dan sedikit air, agak-agak nak kuah macam mana
Kalau kuah nampak tak kuning sangat boleh tambah kunyit serbuk
Masukkan serai yang diketuk tadi dan asam keping
Masak kuah lemak tadi sehingga mendidih, kacau sentiasa supaya tak pecah minyak tau
Kemudian masukkan kiub ayam Knorr dan pucuk paku
Masak lagi sehingga pucuk paku masak
Akhir sekali perasakan dengan garam
Tutup api dan kacau sekejap sebab nak elak santan berketul
Sedia untuk dihidangkan

8 comments

  1. Lauk feveret Sha ni K.sue...boleh menambah kalau makan dengan ikan goreng.

    ReplyDelete
  2. Fuh...nikmat...ada ikan kering..ada sambal belacan perah limau kasturi....pengsan makan...nak cuci tangan pun malas...hehehe...

    ReplyDelete
  3. fuhh ni peberet org nogori cam denn :D

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...ni fav saya sgt ni...

    ReplyDelete
  5. Sedap ni kak..pas tu lawan ngan ikan masin..huii..bertambah nasi

    ReplyDelete
  6. Makan dengan nasi oanas tambah pula ada ikan masin lg terangkat

    ReplyDelete
  7. Adoiii sedapnya! Dah lama tak makan pucuk paku

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.