Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsikan dengan korang pelancaran produk segera Shinsigae Mamee Foodservice Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya. Shinsigae Mamee lancar produk foodservice untuk membantu mengendalikan makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa

Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya

Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya

Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan Rojak Buah sebagainya menjadi sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan permiagaan makanan, sekira ditakbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan lumayan

Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat "Bottom 40%" (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menganggur dan berpendapatan rendah, surirumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah mendiam sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sessi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Esekutif GIATMARA, Tuan Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

" Dianggarkan hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar-agar chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri" katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk mengalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobileprenure & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (Inkubator)

"Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Midle 40%) seterusnya T20 (Top 20%)", kata Jamal.


Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya
Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya
Ketua pegawai Esekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain insdustri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk berkerjasama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya
Kini Lebih Mudah Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya
"Untuk berjaya dalam pernigaan makanan, pemilik pernigaan itu harus bijak merancang masa depan dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan" kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Food Service yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

"Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak 'original' . Tetapi ramai juga Chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos dan masa.

" Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas" kata Faizul.

Esekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.

Post a Comment

10 Comments

  1. Ia memang menarik... Dapat membantu orang ramai untuk berniaga

    ReplyDelete
  2. Bagus ye kak. Siapa yang bercadang nk cebur diri dlm f&b boleh lah try produk shinsegae mamee ni.

    ReplyDelete
  3. Confirm boleh untung ni sebab ramai suka mamee

    ReplyDelete
  4. bagus ada program macam Mamee ni sebab beri kesedaran kepada orang ramai yang tak semua mee segera itu tak elok

    ReplyDelete
  5. mudah nak sediakan dan sangat membantu peniaga menyediakan makanan

    ReplyDelete
  6. Bguslah dh x guna bhn2 tiruan..rs puashati bila mkn megi hihi

    ReplyDelete
  7. Bagus program macam ni sekaligus dapat membantu golongan B40. Tak sabar plak nak try produk Shinsegae Mamee ni.

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak try produk baru ni.

    ReplyDelete
  9. Berita baik terutama untuk peniaga dan yang minat untuk berniaga

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️