Bercuti di Kampung - Shuhaida Kabdy

Tuesday, March 20, 2018

Bercuti di Kampung

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie cuti sekolah kami Bercuti di Kampung Kak Sue aja. Tak ada plan pun nak bercuti ke tempat lain sebab Adik cuti tak sama macam jadual sekolah biasa. Jadi bila lama tak balik bercuti di kampung kami sekeluarga plan nak balik kampung Kak Sue ja kali nie. Seronok sangat, lama betul tak balik ziarah Tok Pah dan keluarga di kampung..

Bercuti di Kampung
Bercuti di Kampung

Bercuti di Kampung

Kebetulan bercuti di kampung kali nie ada di kampung lagi hari selasa, apa lagi Kak Sue tak lepaskan lah peluang nak ke Pekan Selasa. Lagi pun Pekan Selasa nie depan rumah Kak Sue ja, jalan kaki pun boleh. Cuma bila cuti sekolah memang meriah dan agak padat sikit la suasana kat situ..

Biasanya tempat kegemaran Kak Sue, tempat jual ulam-ulaman. Memang teruja samgat kalau tengok macam-macam jenis ulam yang dijual. Selalunya memang Kak Sue borong sakan. Kali nie nak ambik gambar macam susah sikit sebab orang ramai.  Jadi tak ada lah gambar ulam-ulaman, tapi kali nie ada gambar Ikan Kedera Masin

Bercuti di Kampung
Bercuti di Kampung
Bercuti di Kampung
Bercuti di Kampung


Pernah dengar tak Ikan Kedera Masin? Haa.. nie pun salah satu kesukaan Kak Sue dan Abang Man juga. Kadang kalau balik kampung Kak Sue di Batu Kurau, memang Kak Sue akan borong juga Ikan Kedera Masin nie buat stok kat rumah di Rawang. Bukan tak ada jual kat tempat lain, tapu kat sini Ikan Kedera lebih besar dan bersih..

Macam biasa kalau bercuti di kampung Kak Sue, Tok Pah akan masak macam-macam lauk pauk untuk kami sekeluarga. Memang meriah, rindu sangat nak makan masakan air tangan Tok Pah. Alhamdullilah, masih berkesempatan nak rasa masakan Tok Pah, walaupun Tok Pah dah tak berapa sihat. Terima kasih Tok Pah, nanti kami balik lagi nanti ya. Semoga Tok Pah dan keluarga yang lain sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. aamiin ya rabb.. Sayang selalu, papai!

9 comments:

  1. Memang meriah kalau dapat balik kampung.. Hehe.. Aah..lama tak makan ikan kedera masin tu.. Ye betul tuh.. Sana ada byk ulam-ulaman.. Memang best.. Leya suka sangat

    ReplyDelete
  2. Seronok kan kak Sue....balik kampung....masak..makan sama-sama. PC pun baru balik dari kampung...ada majlis perkahwinan adik ipar... betul la kak...rasa seronok belanja di kampung..auranya lain macam..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lauk kg tu kak...

    ReplyDelete
  4. Lauk kampung pakej dengan sampbal belacan tu memang padu

    ReplyDelete
  5. Banyak sungguh lauk pauk tu kak sue.. Terliur menengoknya

    ReplyDelete
  6. Alahai seronoknya kak dpt blk kampung. Meriah haa lauk pauk tu.

    ReplyDelete
  7. Bestnya bercuti2 Di kampung Kan kak..

    ReplyDelete
  8. balik kampunglah seronok sebab dapat buat macam macam akiviti

    ReplyDelete
  9. Kalau balik kampung memang takkan diet..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.