Snickers Oats Baru

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Snickers Oats Baru yang Kak Sue beli kat NSK hari tu. Sambil jalan-jalan kat dalam tu top up stok makanan, terpandang ada Snicker Oats baru kat rak bahagian coklat. Terus Kak Sue beli dua, nak rasa sedap ke tak. Kalau sedap lain kali boleh masuk list stok makanan kami sekeluarga..

Snickers Oats Baru
Snickers Oats Baru

Snickers Oats Baru

Selalunya dua minggu atau sebulan sekali Kak Sue akan top up stok makanan kat rumah. Segala biskut, coklat dan air minuman. Bukan apa, kadang kalau Kak Sue lambat masak atau bila santai-santai kami sekeluarga suka la layan makanan ringan nie. Kadang sambil tengok tv, tak pun sambil up date blog pun jadi dok menguyap. Tu yang bila nampak ada Snickers Oats baru nie Kak Sue terus beli nak rasa macam mana bila ditambah oat..

Snickers Oats baru nie Kak Sue tak ingat dah berapa harganya. Rasanya sama macam Snickers yang biasa Kak Sue beli tu cuma ditambah oat. Lebih mengenyangkan lah bila ada oat nie kan. Kat rumah nie selain beberapa pilihan coklat yang lain, Snickers nie pun wajib ada. Kadang beli tiga dalam satu peket atau kadang beli yang dalam peket besar tu..

Kalau rasa lapar samgat, Kak Sue memang lapik perut dengan Snickers nie dulu. Anak-anak Kak Sue pun suka, dalam ada rasa kacang dan coklat. Yang baru nie tambah ada rasa oat pulak. Pada Kak Sue, sedap juga Snickers Oats baru nie dan akan dimasukkan dalam list stok makanan kami yang akan datang. Korang yang belum cuba boleh lah cari kat NSK tau, tempat lain Kak Sue tak pasti pula dah ada jual ke belum. Selamat mencuba, papai!

22 comments

  1. stock kunyah2 kena ada hehe wajib ada lagi2 nak mengadap laptop blog semua. mulut nak ngap2.. pernah nampak tapi tak pernah cuba lagi. snickers memang mengenyangkan.

    ReplyDelete
  2. Ade je stok kudapan ye kak sue. Ana tak rasa lagi snicker oat ni. Nk belj lah nanti.

    ReplyDelete
  3. wahh coklat.. memang saya suka lah kak.. tp snicker ni belum cuba lagi

    ReplyDelete
  4. rajin betul kak sue top up makanan macam ni eh..kalau saya byk.beli biskut kak

    ReplyDelete
  5. Sedap eh kak.sy jenama snickers kurang gemar sikit

    ReplyDelete
  6. Macam-macam betul stok kudapan Kak Sue ni.. OMG!! Snickers baru.. Belum rasa lagi la.. Zaassss....laju nak mencari ni..hehehe..

    ReplyDelete
  7. oh ada snickers oat ..tkde ternmpk lg kt pasaran

    ReplyDelete
  8. KekZa pun suka coklat snickers ni. Tapi yang oat ni belum pernah try. Okay jugak kalau buat stok makanan kudap2 kat rumah kan? Boleh buat alas perut sementara nak makan berat in case terlambat masak.

    ReplyDelete
  9. haritu ada perasan gak coklat ni. tapi tak tergerak hati pulak nak amik.huhu

    ReplyDelete
  10. ohhh my god...sukanya cikyan kalo coklat...sgt suka la org kata...xblh lepas..nak beli hari2 kalau boleh...hahahaha

    ReplyDelete
  11. boleh kurus tak makan ni? hehe. sekali tgok mcm healthy bar je hehe

    ReplyDelete
  12. Ok kak sue, ni baru tau ada snikers oat. Wajib kena cuba ni...lebih sihat

    ReplyDelete
  13. nampak macam menarik
    boleh try makan nih

    ReplyDelete
  14. Wah lama x makan snikers lah. Packaging baru dia lawa lah gold colour.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Macam sedap jer snickers tu. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  16. Fav Bonde chocolate ni. Hak ni belum try lagi... Tapi yang caramel dpt beli sedap giler susah nak dpt ada pon dkt 7E jer

    ReplyDelete
  17. tak pernah nampak pulak yang baru ni. Nanti jumpa, nak try lah :D

    ReplyDelete
  18. K. Sue, dia jenis liat2 tak?

    ReplyDelete
  19. Wargh..baru ni dan Sal tak penah try lagi..teringin lak nak try..esok ku cari..hehhe

    ReplyDelete
  20. Sedap nyaa, kena carii. Indah memang suka oats2 ni

    ReplyDelete
  21. Sha suka yang oat nie.. dia macam kurang manis sikit dari yang biasa tu.. Selalu beli yang oat nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.