Kerja Sambilan Kak Sue - Shuhaida Kabdy

Saturday, February 10, 2018

Kerja Sambilan Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie Kak Sue dah ada kerja sambilan tau, dalam seminggu ada lah tiga kali sekurang-kurangnya Kak Sue bekerja. Chewah! Macam ya, ya ja kan. Sebenarnya kerja sambilan Kak Sue ialah tolong Kakak niaga kat gerai burger ja.. hehehe. Kalau Abang Man sibuk atau berniaga luar kawasan perumahan kami, Kak Sue lah kena keluar bantu Kakak. Kadang bila Kakak banyak order memang tak dan tau kalau sorang-sorang..

Kerja Sambilan Kak Sue
Kerja Sambilan Kak Sue

Kerja Sambilan Kak Sue

Kak Sue seronok dan suka dengan kerja sambilan Kak Sue sekarang nie tau. Ya lah, ada juga masa untuk Kak Sue keluar dari rumah. Kak Sue memang jenis tak suka lepak-lepak kat luar tepi pagar petang-petang. Memang kalau tak keluar berniaga, beli barang atau ke event, Kak Sue memerap ja dalam rumah. Tapi tak ada lah sampai tak bertegu sapa dengan jiran, cuma Kak Sue memang jenis memerap kat rumah. Biasa lah kan rutin harian sebagai surirumah sepenuh masa, kerja macam-macam nak kena siapkan.. 

Tak lama lagi, Kak Sue dah nak mula niaga Laksa Batu Kurau pulak. Cuma nak tengok masa yang sesuai sebab sekarang nie tengah nak budget modal dan susun masa. Kak Sue kalau boleh tak nak lah nanti bila niaga tak betul pengurusan masa hal kat rumah pula tunggang langgang kan. Adik anak bongsu Kak Sue tu masih perlukan perhatian, jangan kata Adik.. Abang dan Kakak tu pun kalau Ibu busy sikit dah komplen. Takut nanti dah letih semua jadi kelam kabut.

Biasa lah kalau meniaga setiap hari nie, memang letih sikit lah. Dua kerja nak buat kan, nak urus rumah dan gerai. Nasib lah Kakak ada lagi dapat tolong Kak Sue, esok-esok kalau Kakak nak sambung belajar atau nak cuba cari pengalaman kerja kat luar tinggal la Kak Sue sorang-sorang nak uruskan hal rumah..

Korang yang mana tinggal dekat dengan kawasan perumahan Kak Sue jemput lah singgah gerai burger dan Laksa Batu Kurau nanti tau. Gerai burger pun ada nak tambah menu lagi tu. Nanti kalau semua dah siap disusun, Kak Sue bagi tau kat sini lagi ya. Lagi satu, kalau ada yang nak tempah burger atau Laksa Batu Kurau untuk sebarang majlis boleh lah lelaju hubungi nombor yang Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya. Jumpa lagi nanti korang, papai!

Tempahan Burger & Laksa Batu Kurau

No Tel
012 585 4998 / 012 584 4736

Email
skabdy@yahoo.com 

14 comments:

  1. Nmpk meriah lah kak..ada masa ny saya singgah ye..

    ReplyDelete
  2. Alahai bilalah nak merasa laksa Batu kurau kak sue ni.. apapun semoga perniagaan kak.sue bermaya

    ReplyDelete
  3. semoga bisnes berjalan lancar ye kak! :D

    ReplyDelete
  4. Kalau dekat selalu Bonde bertandang... suka air jus kendodong Kak Sue, La ni teringin nak rasa Laksa Batu Kurau!

    ReplyDelete
  5. Semoga kak sue murah rezeki ramai custmer ya kak sue..amin ya rabb

    ReplyDelete
  6. Wahhh....Meriah... Good Luck Kak Sue

    ReplyDelete
  7. Berniaga macam ni seronok tau kak...sy dlu masa sekolah sabtu ahad tolong wan sedara berniaga tapi dia berniaga jual baju dekat tepi pantai.

    ReplyDelete
  8. Besar kak kedai burger tu. InsyaAllah ada rezeki nak makan burger dkt sini juga.

    ReplyDelete
  9. semoga di murahkan rezeki , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    ReplyDelete
  10. semoga trus sukses kak,haihhhhh bila la nak melintas kat sana,abg2 kakak2 sepupu pun dah bising tapi tu la balik umah mak je banyakkkkkkk la agenda lain huhuu kang tak ngikut ada yg kecik ati lak huhuuu...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah semoga terus dimurahkan rezeki kak ue, seronok kalau dapat berniaga ni kan. dekat mana gerai tu kak sue, kalau dekat boleh juga singgah

    ReplyDelete
  12. Semoga murah rezeki kak sue sekeluarga 👍😊

    ReplyDelete
  13. bilalah nak dpt merasa air tangan kak sue ni

    ReplyDelete
  14. kalau dekat saya dah gi dah kak sue.. bila la ada rezeki nak jenguk ni. .

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.