Jom Audit Diri Kita

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi entri santai lagi. Nak kongsi nasihat atau kata-kata dari Dr Prof Muhaya. Kak Sue memang suka baca perkongsian dari beliau, memang beri motivasi dan panduan pada kita tau. Korang boleh ja, follow beliau kat media sosial. Banyak perkongsian yang bagus-bagus. Jom kita audit diri kita dengan perkara yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain..

Jom Audit Diri Kita
Jom Audit Diri Kita

Jom Audit Diri Kita

"Mereka yang tinggi harga diri suka menghargai. Jika harga diri rendah, akan suka merendahkan orang lain dan mencari silap orang dan situasi. Jom audit diri kita" .. Petikan dari Prof Dr Muhaya

Kak Sue suka baca perkongsian kat atas nie, sebab kadang memang kena dengan situasi Kak Sue. Sebenarnya kata-kata kat atas nie Kak Sue copy dari memori facebook. Saja kongsi kat sini, sebagai ingatan buat diri Kak Sue dan kita semua. Biasalah kita sebagai manusia biasa nie, mana tak pernah buat silap..

Kadang kita susah sangat nak menghargai orang lain kan, malah suka merendahkan orang lain. Tak cukup dengan tu, cari salah orang dan situasi untuk kepuasan diri, atau atas rasa sakit hati. Harap kita semua bukan macam nie la ya, kita audit diri kita supaya sentiasa positif dan lebih baik dari sebelumnya. Bila kita berbuat baik, InsyaAllah akan datang perkara yang baik juga. Tapi andai sebaliknya, anggap lah ada hikmah atas ujian dariNya. Semoga bermanfaat untuk semua ya, papai!

7 comments

  1. setuju kak sue,sue pun suka prof muhaya,nasihat dia walau kedengaran boring tapi lembut macam mak2,betul tu semua orang buat salah,cuma antara sedar dan tidak ,antara nak berubah atau tidak je huhuuu...

    ReplyDelete
  2. menghargai diri org lain dan bersikap merendah diri adalah satu sikap yang sgt baik

    ReplyDelete
  3. betul tu,suka dengar & baca kata2 motivasiprof muhaya ni. Apapun berbalik pada kita, kita tak boleh nak ubah orang tapi kita boleh ubah diri kita sendiri kan

    ReplyDelete
  4. Kita rajin audit orang lain dr diri sendiri kak. Tu silap kita. Semoga kita lebih muhasabah diri kita lepas ni kan menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Kan kak Sue...nak dihargai terlebih dulu menghargai...ikhlas..dan keikhlasan itu insyaAllah dirasai..

    ReplyDelete
  6. Husniey suka petik ayat Prof Muhaya ni

    Ada - Beri - Dapat 👍
    Beliau banyak berikan motivasi dan semangat.. Semua mendalam sampai ke lubuk hati

    ReplyDelete
  7. insaf... memang selalu pun rasa diri ni betul je.. Allah susah betul nak berubah.. tq ya kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.