Cerita Lembaga di Pokok Pisang

Assalamaualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita lain sikit dari biasa. Cerita nie dah lama sebenarnya, dah dekat puluhan tahun pun. Masa tu Kak Sue pun masih bersekolah lagi. Cerita lembaga di pokok pisang nie bagi pengajaran besar juga lah dalam hidup Kak Sue tau. Sampai hari nie masih ingat lagi cerita tu dan Kak Sue kongsikan pula dengan anak-anak Kak Sue juga kat sini dengan korang..

Lembaga Di Pokok Pisang
Lembaga Di Pokok Pisang - Gambar sumber Goggle

Cerita Lembaga Di Pokok Pisang

Cerita lembaga di pokok pisang nie berlaku masa Kak Sue dan keluarga duduk di rumah belakang rumah mak sedara dan Opah Kak Sue. Rumah nie sebenarnya dah lama tak ada orang duduk pun. Agak ke belakang sikit dari rumah yang lain. Kiri kanan pun agak semak dengan belukar kecil dan agak sunyi. Kalau jadi apa-apa jenuh la juga nak berlari ke rumah dekat-dekat situ..

Malam tu, macam biasa Kak Sue nak ke rumah Opah Kak Sue nak tengok tv. Kena pulak malam tu kalau tak silap Kak Sue lah, ada cerita seram. Habis ja cerita, balik tu suasananya memang gelap gelita. Dan tak silap Kak Sue sekali lagi, ehehe.. asyik tak silap ja dari tadi kan. Ya lah, dah lama dah korang cerita nie. Ingat-ingat lupa dah tau part nie. Nanti silap pulak kan nak bercerita, okay lah tak nak buang masa jom sambung balik.. malam tu hujan renyai lah pulak.. adudu..

Kak Sue berdua ja dengan Ateh, adik Kak Sue. Kami jalan macam biasa, jalan rapat-rapat dan laju. Harap cepat lah sampai rumah. Bila sampai selekoh yang ada pokok pisang kami dengar macam ada benda bergerak, tapi kami buat tak tau dan terus jalan macam biasa. Dalam kami berjalan tu, bunyi lagi kali kedua, kali nie kami terus lari tak ingat dunia sambil panggil Mak. Dah lah takut, gelap dah ada benda bergerak pulak dah. Walaupun keadaan kelam kabut tapi Kak Sue tetap pegang tangan Ateh, lari sama-sama. Takut pun masih ingat adik tau, tak tinggal hokay..

Yang hairannya kan, tak tau lah samada Kak Sue yang rasa takut sangat atau memang situasi macam tu bila kita dalam keadaan takut. Kak Sue dengar macam bunyi tapak kaki kat belakang macam kejar kami dan rasa macam kami lari laju tapi masih rasa kat tempat yang sama. Lambat gila nak sampai depan tangga rumah. Sampai la Mak buka pintu, tau-tau dah ada kat bawah tangga sambil termengah-mengah..

Mak pun macam terkejut juga masa tu, terus tanya hangpa kenapa terjerit-jerit? Kak Sue dan Ateh terus tunjuk arah pokok pisang. Nak cakap pun dah tergagap-gagap. Mak terus jerit suruh naik ke rumah, Abah membebel sambil pedepap Ateh kena seliang sebab menangis.. huhuhu.. Nasib Kak Sue selalu baik sebab memang jarang kena pukul dengan Abah. Kesian Ateh.. huhuhu

Malam tu, Mak ada juga membebel.. sebab tu kalau orang tua larang jangan degil. Mak memang dah rasa tak sedap hati masa Kak Sue cakap nak ke rumah Opah tu. Dah kata tak payah pergi, tapi biasa lah kan, degil.. haaa.. ambik! Baru tau erti penyesalan.. Nasib tak jadi apa-apa. Kak Sue rasa mengeletar seluruh badan dan tak inhat malam tu macam mana kami adik beradik tertidur..

Bila kami sembang balik pasal cerita malam tu, Ateh kata sebenarnya Ateh nampak lembaga putih berbungkus berdiri tegak kat tepi pokok pisang. Mak hai, kalau Kak Sue yang nampak mau demam kut sebab Kak Sue nie memang penakut walau minat dan suka cerita seram. Ateh nie memang berani dalam kalangan adik beradik Kak Sue. Member relaks ja esoknya, sampai sekarang Ateh memang berani. Kalau ada apa member relaks ja, penguat semangat kami semua..

Pengajarannya dengan cerita lembaga di pokok pisang nie, jangan bantah cakap orang tua. Kalau orang tua larang tu, adalah sebabnya. Bila kita bantah tu yang jadi macam-macam. Kak Sue memang kalau nak kemana-mana kalau Mak larang macam takut dah nak bantah walaupun sebenarnya ada juga membantah.. huhuhu.. Nasib lah Allah sentiasa lindung Kak Sue, agaknya berkat doa Mak kan.

Semua yang jadi pun semua dengan izin Allah dan pasti ada hikmahya kan. Kita semua makhluk Allah, hanya pada Allah saja kita mohon perlindungan. Setakat nie dulu cerita Kak Sue kali nie, jumpa lagi di cerita yang lain lagi ya.. papai! 


25 comments

  1. Allahu...meremang roma..risau.Dugaan kan kak Sue..alam ini kita berkongsi...yang nyata..yang ghaib..alhamdulillah kak Sue dengan adik kak Sue tak apa2...tak cedera masa lari balik rumah tu...tak demam..

    ReplyDelete
  2. seram..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Mee Udang Asajaya

    ReplyDelete
  3. Huhuu seramnya kak.. nyesal baca malam2 ni

    ReplyDelete
  4. dah la baca tengah2 malam ni. serammm

    ReplyDelete
  5. Suami dah balik berani baca...walaupun baca keadaan lampu bilik dah tutup tapi lampu toilet tetap buka..hahaha...giler seram kak su, kalo saya mau langkah 14000..tuh pun rasa x cukup dua kaki berlari...sy memg penakut kak..takut takut akak berani gak tgk citer seram. Kalau saya nan hado nak tgk...

    ReplyDelete
  6. Seram...pokok pisang ni org tua2 kata mmg aada yg suka menumpang

    ReplyDelete
  7. nasib baca citer ni pagi2.. maunya seram giler tu kalau dah nampak lembaga tu depan mata. leh pengsan...

    ReplyDelete
  8. seramnyaaaa....
    dlu umah nieyl banyak pokok pisang...
    ade yg ternampak juga...skrg nak jumpa 1 pokok pisang pun x de dahh..hehehe

    ReplyDelete
  9. SA pun ada kisah lebih kurang macam ni kak..nanti la kalau lapang SA buat entry ye..hahahaha...ingat seram sangat kisah akak..tak seram rupanya...nasib baik baca time lunch ni

    ReplyDelete
  10. Ana dgn adik dulu nampak kain putih terbang lagi kak. Berdesup kitorang lari blk rumah. Haha.

    ReplyDelete
  11. Haih, lepas ni tgk pokok pisang pun terbayang2, adui. Btw, ateh mmg. Berani sgt

    ReplyDelete
  12. dekat rumah nenek pun ada jugak hantu suka bertenggek dekat pokok pisang. Kalau maghrib tu memang idok le nak pergi sana

    ReplyDelete
  13. Allahu...agaknya kalau Sal dan pengsan time tu jugak k.sue oiiii...dahla penakut Sal ni...sekarang dah kurang sebab anak-anak penguat semangat

    ReplyDelete
  14. Hmmm seram lah plak. Tapi pokok pisang selalu berkaitan dengan cita seram kan.

    ReplyDelete
  15. Alamak malam malam ni terbaca pengalaman kak sue. Harap bleh tido malam ni. Alhamdulillah semua dipermudahkan buat kak sue.

    ReplyDelete
  16. meremang baca cerita akak ni huhuu

    ReplyDelete
  17. alamak tengah2 pagi buta ni terbaca seram haaaih.. hihi skip laju2 sikit. lain kali kalo orang tak kasi tu ikutla dengarla cakap jangan melawan degil..

    ReplyDelete
  18. okey, seram..meremang baca walaupun baca time pagi ni kat ofis..terang enderang..boleh imagine..imaginasi ku tinggi..haha..betul, kalau orang tua bantah tu ada la sebabnya..tapi biasa la kita ni, jiwa muda..suka sangat membantah...

    ReplyDelete
  19. kalau saya dah terkencing2 agaknya tu kak.. gila la kalau tak takut.. patut ateh nangis ya. .

    ReplyDelete
  20. kalau saya dah terkencing2 agaknya tu kak.. gila la kalau tak takut.. patut ateh nangis ya. .

    ReplyDelete
  21. Aduhh,seram pulak baca cerita kak sue ni. Kalau datang teringat tu boleh berdiri bulu roma ni. Huhu~

    ReplyDelete
  22. sebenarnya baca tajuk je dah scroll bawah. sebab jenis yang tak kuat semangat dan sekarang pukul 9.20pm. hahaha sorry ya ni kena baca tajuk je. iman tak kuat haha

    ReplyDelete
  23. Mak oii. Seramnya la.. Hahhahaa.. Kalau cikyan, mau pengsan tu. Hahhahaa

    ReplyDelete
  24. Alahaiii... Seram nya. So far tak ada pengalaman seram lagi. Minta dijauhkan lah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.