Cerita di Bulan Februari - Shuhaida Kabdy

Thursday, February 1, 2018

Cerita di Bulan Februari

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie kita melangkah ke bulan baru. Kak Sue sebenarnya ada satu Cerita di Bulan Februari nie untuk Kak Sue kongsikan kat sini. Tiap kali kami sekeluarga teringat cerita nie mesti jadi sebak aja, kadang sampai bergenang air mata nie tau. Cerita di bulan febuari nie kan, dah lama dah berlaku tapi tak tau lah bila datang aja bulan yang satu nie mulanya rasa sedih dan kesal pada diri Kak Sue dan Abang Man. Rasa sangat bersalah..

Cerita di Bulan Februari
Cerita di Bulan Februari

Cerita di Bulan Februari

Cerita sedih di bulan Febuari nie, cerita tentang harijadi Abang, anak Kak Sue yang nombor dua. Kak Sue jarang kongsi cerita pasal Abang, sebab Abang tak suka sangat kongsi cerita atau apa aja tentang Abang di blog atau media sosial yang lain. Tapi tak apa lah, mana tau nanti Ibu dah tak ada, Abang datang blog Ibu dapat baca kisah yang satu nie. Masa tu kami baru pindah ke Bandar Tasik Puteri Rawang. Masih tercari-cari mana tempat sesuai nak bertapak sebagai sumber rezeki. Kadang terpaksa berkejar sana sini, terpaksa mengejar masa meninggalkan anak-anak sekejap samada di rumah atau sekolah..

Satu hari, tarikh tu jatuh pada harijadi Abang tapi kami terpaksa ke Shah Alam sebab berniaga kat sana. Plan ingat nanti nak keluar makan sekeluarga, tapi entah macam mana jadi terlewat dari waktu Abang habis sekolah. Abang darjah dua masa tu, sampai ja kat sekolah Abang tak ada kat sekolah, tak tau kemana.. dah balik ke belum. Melilau Abang Man cari Abang, rupanya dah hampir separuh jalan Abang dah nak sampai rumah, berpeluh-peluh berjalan kaki sorang-sorang. Hari jadi Abang pula tu, Abang Man terus peluk Abang, sedih sangat rasa hati tengok anak macam tu kan..

Bukan apa, kami sibuk berniaga sampai anak pun terabai, di hari jadi anak pula tu. Sebab tu tiap kali datang aja bulan Februari, akan ada rasa kesal yang sangat dalam. Sejak hari tu memang Abang Man tak gemar kalau kami suami isteri tak ada dirumah memantau anak-anak. Sebolehnya salah seorang dari kami akan ada dirumah atau bawa aja anak-anak kalau ada urusan atau berniaga. Serik dan kesal sangat dengan apa yang jadi..

Esok hari jadi Abang yang ke 16, Ibu, Abah, Kakak dan Adik dah susun something special untuk Abang.. Semoga cerita Februari yang akan datang semua yang manis-manis dalam hidup kita sekeluarga ya nak. Maafkan Ibu dan Abah ya.. cuai dalam menjaga Abang waktu tu. Ibu dan Abah will always love you, till Jannah.. aamiin ya rabb..

11 comments:

  1. happy birthday abang.. semoga jadi anak soleh buat kak sue dan abg man. mmg terkilan kalau jadi kat mama macam tu. tp insya allah ada hikmahnya di sebalik yg berlaku

    ReplyDelete
  2. Happy birthday abang...tersedih baca story akk ni., Saya pun sama kak..kalau boleh nak family 1st. Moga urusan akk di permudahkan selamanya ye kak

    ReplyDelete
  3. Untuk dikenang dan dijadikan sempadan kan kak...tapi PC yakin abang dan anak-anak akak yang lain sentiasa memahami situasi..insyaAllah..selamat ulangtahun kelahiran abang..dan satu masa kalau abang terbaca komen acik PC ni...ingat,tiada ibu bapa yang walau sekelumit sengaja untuk melakukan sesuatu tanpa sebab..hati ibu bapa mewah dengan kasih sayang hingga nadi terhenti.

    ReplyDelete
  4. dh besar abg 16thn...smoga jd abg yg bole jg adik2 nanti

    ReplyDelete
  5. saya memahami kak keadaan tuuu....pernah terjadi

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir Abang. Semoga abang jadi anak soleh buat ibu & abah ya.

    ReplyDelete
  7. sanah helwah abang yang ke 16. belajar elok2 ye. tahun depan spm dah :) moga jadi anak soleh penyejuk mata. amin

    ReplyDelete
  8. Sedih!! Kak sue dgn abg man mmg ibu bapa contoh!! Moga Allah permudahkan segala harapan & impian kak sue & abg man.. insyaallah

    ReplyDelete
  9. Ada pengajaran dr setiap yg berlaku kan kak. InsyaAllah abg seorang anak yg kuat. Dia faham ibu ayah dia tu. Dan dia tau ibu ayah syg abg sepenuh hati.

    ReplyDelete
  10. Setiap yang berlaku pasti ada pengajaran.saya baca sedih pulak rasanya.kdg kdg kita sebagai ibu bapa terlupa kan anak anak sebab sibuk dgn urusan ka..

    ReplyDelete
  11. Kenangan kan kak..jadikan pengajaran.. insyaallah abang anak yg baik..dia tak ambil hati insyaallah atas apa yg jadin semua ibu bapa nak buat yg terbaik kan...macam tu gak SA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.