Tips Sambal Tumis Tahan Lama

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Tips Sambal Tumis Tahan Lama. Rasanya boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu dah tau kan macam mana nak masak resepi yang satu nie kan, cepat dan mudah. Kalau kat rumah Kak Sue nie masak berkali-kali pun tak apa, sebab salah satu lauk kegemaran anak-anak. Kadang kalau kita masak sambal, tak kira lah sambal apa pun kalau tak betul cara masak cepat basi dan sakit perut tau. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsikan tips sambal tumis tahan lama dengan korang..

Tips Sambal Tumis Tahan Lama
Tips Sambal Tumis Tahan Lama

Tips Mudah Sambal Tumis Tahan Lama

Sebenarnya tips mudah sambal tumis tahan lama nie Kak Sue dapat dari Mak Kak Sue sendiri. Biasa lah orang tua kan, banyak tips dan petua yang mereka amalkan baik dari segi masakan atau dalam kehidupan sehari-hari. Caranya senang aja pun sebenarnya, macam biasa bila korang dah tumis sambal dalam kuali tu, korang biarkan kuah sambal tumis masak lebih lama sikit dengan api sederhana dan sampai kuah sambal tu nampak berkilat. Bila dah nampak kuah berkilat, kacau sekejap baru tutup api. Kata Mak Kak Sue kalau kuah sambal masak lama dan berkilat macam tu, baru tahan lama. Haa.. gitu aja tipsnya, masak lama dan sampai berkilat..

Untuk korang yang nak berniaga atau nak buat stok kuah sambal tumis supaya senang kerja korang nak masak nanti boleh lah cuba tips nie ya. Caranya senang aja pun, sambil tunggu sambal tumis masak dan berkilat korang boleh aja sambil buat kerja lain kat dapur tu. Lain kali, kalau korang rasa nak masak sambal tumis ikan bilis ka, sotong ka, udang petai ka, cuma panaskan aja balik kuah sambal tu. Kerja pun jadi mudah dan cepat. Korang pun cukup masa nak rehat.. eh macam pantun pula kan. Semoga perkongsian ringkas Kak Sue kali nie beri manfaat untuk korang semua ya, selamat mencuba.. papai!

Baca juga Sunnah Ketika Masak

12 comments

  1. Betul tue mak CCL ada bagi petua macam ni jugak kalau nak sambal tahan lama cara masak tue perlu tahu . Biar cili yang dimesin tue ditumis sampai naik minyak

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk tips ne kak su, miza selalu masak sikit-sikit jew lepas ne boleh cuba masak banyak senang kerja

    ReplyDelete
  3. saya selalu masak bg 2x kering tmbah air hehe. Tak perasan berkilat ke idak hehe. Lps ni kena cek . Btw, sedap nampak sambal kak Su tu

    ReplyDelete
  4. datang tengok gambar sambl telan air liur kak

    ReplyDelete
  5. sok nak wat sambal tumis udang la kak. hihi

    ReplyDelete
  6. lama tk buat tp amy tk letak petai sbb tk mkn petai

    ReplyDelete
  7. Betul tuh kak sue. Kalau masak sambal tumis masak lama lama memang tahan lama

    ReplyDelete
  8. Terima kasih bg tips. Simple and easy but important.

    ReplyDelete
  9. rumah aida ni, kalau takde sambal, makan jadik tak selera, kak.
    aduhai... mr.asben mesti nak ada sambal.
    tak kisah ler pe menu yg lain. naik boring aida ni :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  10. baiklah.. saya akan ingat.. terima kasih kak bg tips

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.