Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu - Shuhaida Kabdy

Tuesday, January 2, 2018

Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie hari pertama untuk anak-anak Kak Sue dan juga anak-anak yang lain mula bersekolah. Walaupun persiapan sekolah anak-anak Kak Sue dan Abang Man sediakan agak lambat dari biasa tahun nie, tapi Alhamdullilah selesai juga sehari sebelum mula sekolah. Kelam kabut tu memang kelam kabut juga, nak basuh dan gosok baju dengan masa yang dah suntuk tapi Alhamdullilah semua selesai dengan jayanya, chewah! Selamat bersekolah anak-anak Ibu..

Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu
Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu

Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu

Selamat bersekolah anak-anak Ibu, walaupun hari nie tak sempat nak buatkan sarapan untuk anak-anak tapi lega juga lah tak ada masalah lain timbul. Biasa lah hari pertama sekolah nie kan, kadang terlewat bangun lah, tertinggal barang lah.. macam-macam hal. Kesian juga anak-anak tak sempat sarapan, tapi macam Adik kat sekolah memang setiap pagi dah disediakan sarapan sebelum mula kelas. Abang pula, pagi tadi tetiba sakit perut. Nasib lah tak melarat teruk.. lagipun tak biasa sarapan awal kami nie sebenarnya..

Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu
Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu
Ikutkan tahun nie Abang tak mau beli baju baru, katanya baju lama elok lagi Ibu. Tapi Ibu tetap tak puashati sekurang-kurangnya kena ada sehelai baju baru untuk hari pertama sekolah. Dah nama Abang, malam tadi tetap bagi tau Ibu nak pakai baju dan seluar lama sebab katanya tak ada lencana. Hmm.. ikutkan aja lah, hari tu masa orentasi tingkatan empat tak nak pula beli sekali. Adik memang nak kena beli jubah, sebab ada jubah yang koyak dan kotor yang dah tak boleh bersih dah. Apalah Adik buat kat sekolah tu ya sampai kotor jubah, dah la warna putih. Ibu nie dah la jenis tak boleh nampak kotor semua tu, kang mula lah datang penyakit tak puashati Ibu yang meletihkan itu. Yang kenal dekat dengan Kak Sue tahu lah penyakit apa tu kan.. ehehe!

Kebetulan semalam kakak Abang Man, Kak Jam ajak kami makan-makan kat Wangsamaju, jadi kami plan lepas makan tu terus nak beli baju. Selesai makan, Kak Jam cadangkan kami ke area Giant Ulu Klang, ada banyak pilihan kedai yang jual kelengakapan barang sekolah kat situ. Alhamdullilah, semua yang dicari kami beli kat situ ja. Memang ada banyak pilihan kedai untuk keperluan sekolah anak-anak, lega juga tak payah lah nak mencari kat tempat lain lagi. Hampir lewat petang juga lah kami selesai beli belah, terima kasih Kak Jam dan Along sudi teman dan layan kerenah anak-anak

Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu
Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu
Harapan Kak Sue tahun nie anak-anak lebih banyak fokus pada pelajaran tambah Abang Tihie, lebih aktif bersukan dari akedemik. Untuk Adik pula, Alahmdullilah memang tak ada masalah. Harap Adik dapat khatam dengan masa yang Kak Sue dah target untuk Adik, sebab nak tambah akedemik pula. Kakak memang dah habis sekolah, tapi tahun nie mungkin sambung belajar lah kut. Kak Sue tak suka sangat memaksa, ikut aja apa yang anak-anak minat. Selamat bersekolah anak-anak Ibu, semoga diterangkan hati, diberi akhlak yang baik dan cemerlang dunia akhirat.. aamiin ya rabb..


 

10 comments:

  1. Alhamdulillah...hari pertama ni biasanya warna warni kak...

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali bersekolah abang dan adik. Belajar rajin2 dan semoga berjaya didunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  3. selamat kembali ke sekolah utk ank2 kaksue

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali bersekolah..

    ReplyDelete
  5. Sekejap je kan rasa diorang msuk sekolah..rasa baru je cuti

    ReplyDelete
  6. Selamat Bersekolah abg & adik. Belajar pandai2 taw!.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... sejuk tengok anak-anak kak sue yang hebat ni... Selamat Bersekolah buat Abang dan Adik.

    ReplyDelete
  8. Seronok tgk gambar anak2 kak Sue

    ReplyDelete
  9. semangat anak2 semoga dipermudahkan urusan semuanya!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.