Bergambar di Anggun City Rawang

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak sembang santai ja kat sini, hujung-hujung mingu macam nie kita santai-santai aja lah kan. Lagi pun hujung minggu selalu masa padat sikit sebab semua anak ada kat rumah. Jadi perhatian kena lebih lah sikit kat anak-anak, chewah! Sebenarnya Kak Sue nak kongsi dengan korang gambar-gambar anak-anak aja kali nie, rasa macam cantik pula bergambar di Anggun City Rawang hari tu. Tak sangka pula ada tempat yang boleh dikatakan menarik juga untuk bergambar di Anggun City Rawang nie. Tanpa buang masa, jom lah Kak Sue kongsikan gambar-gambar yang sempat Kak Sue ambik hari tu ya..

Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang

Bergambar di Anggun City Rawang

Sebenarnya Kak Sue guna handphone Oppo aja bergambar di Anggun City Rawang hari tu. Edit-edit sikit kat Snapseed tambah mana yang patut jadi cantiklah gambar. Ewah, masuk bakul angkat sendiri pula ya, hahaha! Masa kami nak balik dari makan tu, ternampak ada patung Emoji tu di susun kat satu ruang nie. Comel gila tau korang, nasib berbumbung tak ada lah panas kalau nak bergambar. Nak pula masa kami sampai kat situ tak ada orang lagi, sempat lah nak ambik gambar puas-puas. Dah siap ambik gambar kat situ, Kak Sue terpandang payung yang digantung berwarna-warni, suka tengok..

Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Sebelum nie, macam pernah nampak gambar kat Instagram orang kongsi gambar payung banyak-banyak tu kan, macam menarik ja. Kak Sue pernah juga ambik gambar payung banyak-banyak nie, masa tu Kak Sue cuti-cuti bersama keluarga Kak Sue dan Tok Pah kat Lumut, Perak. Rupanya kat Anggun City Rawang pun ada dah, kebetulan kami sekeluarga saja nak cuba makanan kat kawasan sini. Dah alang ternampak tu, apa salah bergambar kenangan kan. Kak Sue ada post kat IG Strory siap sepupu Kak Sue pm tanya kat mana tempat tu, katanya comel..

Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Bergambar di Anggun City Rawang
Korang kalau ke Aeon atau ke Anggun City Rawang, boleh lah singgah bergambar kat sini nanti. Katanya ada pasar malam juga kat sini, tapi lupa pula hari apa. Abang Man pun ada juga mohon tapak niaga kat sini, tengok lah nampak sangat peniaga tegar kan. Sambil jalan-jalan pun sempat lagi tu pikir pasal nak berniaga. Nanti Kak Sue update balik bila ada pasar malam kat sini ya. Mana-mana yang berdekatan dengan kawasan nie boleh rasa air Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi Man Java nanti. Setakat nie dulu entri kali nie, jumpa lagi.. papai!


8 comments

  1. Meriah dan ceria gambar dekat emoji tu... Anggun city Rawang tak pernah pergi... bolehlah pergi lps ni..

    ReplyDelete
  2. Sambil berjalan-jalan dalam masa sama cari peluang itu terbaik kak Sue.
    Cantik la gambar yang ada banyak payung warna warni tu...suka tengok..

    ReplyDelete
  3. Wah cantik backdrop tu semua kak. Kalau ke rawang boleh lah singgah nanti. Cantik kalau upload dkt ig.

    ReplyDelete
  4. Payung warna-warni yang tergantung tu memang lawa. Dekat Empire Damansara pun ada juga kalau tak silap Pisyek.

    Post terbaru: Jom join Bengkel asas WordPress pada 20 Jan 2018

    ReplyDelete
  5. Comel dan meriah! Cantik amik gambar, kalau fatin ni penuh laa memory fon tu. Hehee

    ReplyDelete
  6. cantiknya emoji dgn payung tu kak.. bebila gi nak singgah la nanti

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak erk kak sue... Tak yah nak g jauh2 jalan dah dpt bergambo cantik cmni

    ReplyDelete
  8. Wah cantiknya kak sue.. Tgk payung byk byk tuh sesuai sgt bergambar kan.. Nampak cantik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.