10 Cara Kreatif Bersedekah

Assalamualaikum, hai semua! Salam Jumaat, hari nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang 10 Cara Kreatif Bersedekah. Sebenarnya ada banyak cara kita nak bersedekah, tambah pada hari Jumaat yang penuh keberkatan nie kan. Bukan lah maksudnya boleh sedekah hanya hari Jumaat, tapi hari Jumaat hari istimewa untuk kita semua kena pahala lebih berganda. Jom kita tengok 10 cara kreatif bersedekah yang sangat mudah. Semoga dengan perkongsian nie membuka hati kita semua untuk membuat kebaikan yang lain juga ya..

10 Cara Kreatif Bersedekah
10 Cara Kreatif Bersedekah - Sumber gambar dari Google

10 Cara Kreatif Bersedekah

1. Letak sabun basuh tangan
Ada kebanyak masjid yang kita pergi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang-kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepas tu letakkan di masjid berhampiran. InsyaAllah ramai yang dapat guna

2. Selipar untuk masjid
Kebanyakn masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid

3. Simpan syiling
Kita kumpul duit syiling, simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah

4. Berikan baki bayaran
Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik atau makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buatlah sekali, lama-lama akan jadi habit

5. Kain pelikat dan telekung
Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau, shopping mall, surau, petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan di masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor, kita boleh bawa balik basuh di rumah atau hantar dobi

6. Makanan Kucing
Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam 'small pack', 'standby' letak dalam kereta. Bila kita turun di RnR atau di mana-mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan, boleh bagi makan kucing. Bagi binatang makan pun sebahagian dari sedekah

7. Konsep 'carpool'
Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berkongsi manfaat dengan orang lain. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep 'carpool' pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus

8. Kertas dan Pen
Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah atau kuliah masjid, biasanya mereka yang hadir tidak membawa sebarang pen dan buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepas tu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manfaatnya sangat besar, insyaAllah

9. Al Fatihah
Sedekahkan Al Fatihah kepada suami atau isteri, kedua-dua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal dunia

10. Doakan kebaikan
Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa. Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri nie bertengkar atau berbalah. kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati mereka dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan penyelesaian

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan

"Setiap kebaikan adalah sedekah" 
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Do Good, Be Good, Feel Good

* Perkongsian dari whatsapp - terima kasih pada yang berkongsi, semoga pahala pada yang berkongsi terus mengalir selamanya.. aamiin ya rabb..



13 comments

  1. Betul... Sangat setuju dengan info di atas. No 4 tuh selalu juga dibuat...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Banyak kan cara nk sedekah kak sue. Bukan terhad pada wang ringgit sahaja. Sedekah plg senang adalah melalui senyuman.

    ReplyDelete
  3. tq kak sue. banyak betul cara yg mudah tetapi amat berguna utk org lain. insya allah saya praktikkan

    ReplyDelete
  4. Teima kasih untuk perkongsian ini kak ue banyak kan sebenarnya cara nak buat pahala.. Doakan orang yang baik baik.. Buat perangai yang menyenangkan..

    ReplyDelete
  5. yes
    suka entry ini
    ada kadang2 kita terlepas pandang tapi sebenarnya mudah dan boleh diamalkan bila2 masa

    ReplyDelete
  6. Tq kak bg byk idea cara nk bsedekah ni..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg bagus ni kak. Boleh beri idea untuk bersedekah. Selalu sedekah duit dkt abung masjid je kan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Kak Sue berkongsi idea untuk bersedekah...

    ReplyDelete
  9. no 8 dan 10 tu jarang dapat buat.. terima kasih kak ..

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat dengan perkongsian akak nie.. Nak seribu daya kan kak..

    ReplyDelete
  11. saya suka idea ni..terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.