Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star

Assalamualaikum, hai semua! Kalau badan sakit atau lenguh-lenguh sedap kan kalau dapat urut atau ke spa. Dapat memanjakan diri sekejap, dapat hilangkan letih badan dan stress bekerja kan. Zaman sekarang nie senang dah, ada macam-macam cara kita nak memanjakan diri. Salah satunya kerusi urut, yang boleh kita beli dan letak di rumah. Baru-baru nie Kak Sue berpeluang ke Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star bertempat di IOI Mall, Puchong. Jenama terkemuka Malaysia Gintell ini mengadakan promosi kehidupan yang sihat dan bebas stress untuk rakyat Malaysia pada musim perayaan ini. Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star nie telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkenal Datuk Jalaludin Hassan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue pada hari itu

Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star

Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star

Perasmian kerusi urut Gintell yang terkini DeSpace Star baru-baru nie adalah revolusi teknologi kerusi urut yang menyediakan alternatif terbaik kepada mereka yang tak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan. Ia boleh digunakan mengikut keselesaan kita di rumah. DeSapce Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan, menjanjikan eleman yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus seakan seperti urutan sebenar. Ada juga 4D Reflekx Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi ksemua 27 titik akupuntur. Kak Sue pun dah cuba hari tu memang selesa dan best sangat, terasa macam ada orang pula yang urut tau..

Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue berkata " Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan biasa yang didengari adalah kekurangan masa. Jadi, kami di Gintell telah merevolusi kerusi urut kami untuk menyelesaikan masalah tersebut"

Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Produk terbaru Gintell ini ditawarkan dengan harga RM11, 836, termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin pada kesihatan. Antaranya Yoga Strech yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210* Yoga Strech, pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X dan kyphosis. Selain itu, pengguna juga dapat menguatkan sendi, memperbetulkan postur tubuh dan kesemimbangan serta memperbaki pelurusan tubuh kalau digunakan secara berterusan. Menarik kan..

Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Gintell berada di kelas tersendiri dengan sistem sokongan yang diperkukuhkan untuk pengguna berketinggian sehingga 180cm dengan sistem iSensing, yang mana mengukur ketinggian pengguna secara tepat secara otomatik. Antara fungsi-fungsi lain yang mengkagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk mengoptimumkan ruang, Program i-Memory membolehkan pengguna untuk menyimpan teknik urutan yang digemari dan akhir sekali Zero Graviti yang menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaan maksimum..

Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Perasmian Kerusi Urut Gintell Yang Terkini DeSpace Star
Untuk info korang, promosi pameran kesihatan Gintell akan diadakan sepanjang musim perayaan nie sehingga 1 Januari 2018. Lebih menarik, para pembeli dapat rebat tunai istimewa sebanyak RM2,000 dengan setiap pembelian kerusi urut DeSpace Star. Banyak juga tu kan, haaa.. tunggu apa lagi cepat tau datang ke pameran nie yang bertempat di IOI Mall, Puchong.

Tentang Gintell (M) Sdn. Bhd.

Gintell adalah stor rantaian produk kesihatan dari Malaysia, menawarkan produk kseihatan yang lengkap seperti kerusi urut, katil urut, peralatan kesihatan dan pelangsiangan badan. Sehingga kini, Gintell mempunyai lebih 100 buah cawangan di komplek beli belah utam di seluruh negara dan melayakkan untuk diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Stor Rantaian Produk Kesihatan Terbesar'

Untuk lebih detail korang boleh layari www.gintell.com atau hubungi 1-800-88-6332

7 comments

  1. Kalau dapat sebijik De Space star letak kat rumah memang lena atas ler...

    ReplyDelete
  2. kalau time penat2 dapat urut kat kerusi urut ni best kan kak

    ReplyDelete
  3. Amboi selesa nampak abg man dengan adik tu kak. Boleh lah beli lepas ni. Hehe. Bayar ansuran. Senang bila sakit2 badan duduk atas kerusi ni terus.

    ReplyDelete
  4. Kerusi Gintell memg best kak..sy pernah test...dorg pun ade buat installment utk kerusi gintell kan

    ReplyDelete
  5. Yeaaay..lah kalau dapat 1 kt rmah ni hehehehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat sebuah kerusi urut ni.. 😍

    Hilang lenguh lenguh, tak payah susahkan suami suruh urut lagi.. Hehe

    ReplyDelete
  7. berangannya nak ada satu. kat rumah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.