Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal

December 05, 2017

Assalamualakum, hai semua! Minggu lepas Kak Sue sempat ke dua event masak-masak, suka sangat kalau ada event masak-masak nie tau. Memang takan lepaskan peluang lah ke Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal di SACC Mall Shah Alam. Cook Show nie di anjuran oleh Pacific West sempena Karnival Tefal yang berlangsung selama tiga hari. Dapat juga Kak Sue grab kuali Tefal dengan harga diskaun istimewa untuk semua produk. Rugi tau sapa tak datang hari tu..

Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal

Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal

Sempena Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal nie juga, Pacific West nak melancarkan formula Cheezy Fish Fillets yang baru diperbaharui. macam kita semua tau cheese adalah salah satu makanan yang paling disukai dan dimakan di seluruh dunia. Cheezy Fish Fillets terkini dengan campuran Mozzarella dan keju Nacho premium dan disalut dengan roti jepun yang ranggup memberi aroma yang unik dan lazat sesuai untuk seisi keluarga

Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Untuk info korang, pacific West nie telah ditubuhkan di Australia pada tahun 1995 dan telah berkembang menjadi satu jenama yang disukai ramua dan menjadi pilihan utama setiap keluarga. Produk ini juga telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Ollimpik Sydney, pertandingan Tenis Wilbledon, kelab Bola Sepak Manchester United, World Rugby dan banyak lagi. Produk Pacific West juga boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seleuruh dunia dan paling terkini di Disneyland ( Paris, Hong Kong dan Shanghai ).. hebat kan..

Cook Show hari tu telah berkongsi beberapa resepi masakan yang ringkas dan mudah dari produk Pacific West dengan kerjasama Tefal dan Yum Yum. demo masakan telah dimulakan dengan Chef Leong ( Chef Pasific West), Chef Bryan dari Yum Yum Publication dan Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia. Chef Byran menyediakan  Roll Spring Oriental dengan Tempura Fish Fillets dan Pickle with SpicyGarlic Calamari Rings. Sementara Dr. Ezani menyediakan masakan Melayu dengan Pacific Black Pepper Tempura Fish Fillets dan Pasific West Salt serta Pepper Squids

Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal

Sebenarnya memasak boleh menjadi mudah dan menjimatkan masa dengan bahan, resepi dan alat memasak yang betul menurut kata Encik Chai pengarah Pacific West. Kak Sue memang setuju sangat, sebab dengan rangkaian produk dari Pasific West yang telah disediakan dengan teliti oleh pasukan Chef Kuliner dan teknologi makanan mereka. Kemudahan sedia dimasak dalam beberapa minit langsung dari peti sejuk samada menggoreng atau mengunakan oven. Inovasi penciptaan berterusan produk baru yang menawarkan pelbagai pilihan dan rasa. Kuliti produk juga antara pilihan makanan laut  dan bahan makanan yang sesuai dengan piawan keselamatan dan proses makanan antarasabangsa BRC, IFS,HACCP dan Yum. Akhir sekali, produk Pacific West ini di sahkan HALAL, jadi korang tak perlu risau ya..

Bagi korang yang berminat nak cuba produk Pacific West, korang boleh ke semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storerage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi

Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Pacific West Cook Show Bersama Celebrity Chef dan Tefal
Kak Sue juga nak kongsi dengan korang, untuk pembeli barangan Pacific West iaitu dari 15 November hingga 15 januari 2018, Pacific West berkerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) menganjurkan satu pertandingan 'Win Your Dream Holiday' di mana pembeli berpeluang untuk melancong ke Australia Barat, Perth (4H3M) atau ke Bali (4H3M) dengan pembelian sekurang-kurangnya satu (1) produk pacific West. Haaa.. menarik kan, cepat tau beli mana tahu ada rezeki kan..

Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya..

Pacific West

Pasific West Careline
1800 888 389

Website

Facebook







You Might Also Like

16 ulasan

  1. fish fillet tu ada try mkn aritu..sedap...sebelum ni pn pernh mkn yg sotong

    ReplyDelete
  2. Sesuai dijadikan bekal anak sekolah.... mudah dan senang anak nak bawa...

    ReplyDelete
  3. Memang sedap produk pacific west ne anak-anak miza suka

    ReplyDelete
  4. Masa tu geram jer tgok periuk kuali dan mcm- mcm barangan tefal kan kak..kalau banyak duit dah lama dah beli semua tu kan...SA suka masakan chef Ezani

    ReplyDelete
  5. nak cari la.. bagus tu idea bekal.. tahun depan boleh la start plan bekal untuk 3 orang budak bersekolah ni nanti..

    ReplyDelete
  6. Berapa diskaun Tefal bagi masa event ni, k.sue?berbaloi attend, kan sbbb dpt brand mahai tapi rega murah..hihi

    ReplyDelete
  7. produk Pacific West tu TB baru 1st time dengar.. nanti nak try cari lah.. tq info

    ReplyDelete
  8. Produk pacific west ni memang sedap. Boleh masak bnyk resepi berlainan

    ReplyDelete
  9. Pasific west produk memang best.Ikatry sotong goreng,ranggup kalau masak pun tak meletup minyak

    ReplyDelete
  10. Saya tak sempat nak pergi event ni haritu. Btw, forzen food Pacific West boleh tahan sedap. Pernah rasa masa event Cooking show dengan Chef Agnes Tan. Next time mesti nak kena pergi. Seronok tengok demo memasak.

    ReplyDelete
  11. macam delicious. I will buy and try in future

    ReplyDelete
  12. nampak pun macam sedap dulu nak beli tapi xsempat

    ReplyDelete
  13. Simple preparation of food. Sedap too and love the chef recipes

    ReplyDelete
  14. Sedapnya tengok gambar2nya... Nanti, mama masak la... saya mai rumah hahaha

    ReplyDelete
  15. akak fish fillet tu sedap tak? namapk hr tu nak beli x sempat pulak... kita suka belek2 dulu sebelum beli , hr tu rushing sikit

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.