Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel - Shuhaida Kabdy

Friday, December 8, 2017

Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie sambung lagi cerita tentang blogger, Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel. Betul korang, Blogger Ana Suhana yang mesra dengan panggilan Ana nie sentiasa ceria dan comel ja pada mata Kak Sue. Tak pernah lah nampak Ana nie moody atau sedih, sentiasa tersenyum aja orangnya. Di blog Ana selalu bercerita tentang tempat makan best, hotel dan percutian beliau. Kalau baca entri Ana tu memang cukup lengkap semua info, memang sangat membantu pada mereka yang mencari tempat macam Kak Sue bagi tau tadi kat atas..

Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel
Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel - Comel kan..

Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel

Blogger Ana Suhana nie bekerja dari rumah sebagai Freelance Accountant dan juga berblogging sepenuh masa. Sambil bekerja dari rumah dapat jaga anak sendiri dan dapat teruskan minat Ana pada blog, best kan. Bukan semua orang dapat peluang baik macam Ana nie. Kalau korang nak minta tolong Ana buat kira-kira untuk korang boleh lah cari Ana nanti ya.

Ana seorang isteri dan Bonda kepada seorang anak lelaki yang comel macam Bonda dia juga. Syafi namanya, bijak dan keletah.. kalau jumpa Syafi memang Kak Sue suka cubit-cubit pipi dia, gerammmm! Suami Ana sentiasa sokong dan faham minat Ana, macam Abang Man juga lah. Lega lah kami sekarang kalau ke event masing-masing dah ada geng sembang.. tak ada lah yang buat muka boring kan.. ehehe..

Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel
Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel - Happy Family
Pertama kali Kak Sue jumpa Ana, masa kami ke food review di Bangi Resort. Tak sangka pertama kali jumpa Ana memang seorang yang ramah dan mesra. Beberapa kali jumpa di event yang sama buat Kak Sue dan Ana agak rapat juga sekarang. Kadang kalau ada yang Kak Sue tak paham pasal blog atau apa saja memang Ana jadi rujukan dan minta pendapat. Blog Ana pun salah satu blog yang menjadi rujukan dan memang setiap hari Kak Sue akan singgah..

Seronok dan bertuah Kak Sue dapat kenal Ana, harap ukhuwah kita berpanjangan selamanya ya. Bila nak datang rumah Kak Sue nie Ana.. ehehe..Kak Sue doakan semoga Ana sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan happy selalu. Korang yang nak kenal Ana dengan lebih dekat boleh lah singgah ke Blog, FB dan IG Ana nanti ya. Follow sekali tau, jumpa lagi nanti.. papai!

Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel
Blogger Ana Suhana Yang Ceria dan Comel - Kami..

Blog

Facebook

Instagram



6 comments:

  1. Haah Kan. Ana ni sorang yg ceria aje orgnya

    ReplyDelete
  2. br 3x jmpa ana...suka bc blog die sbb slalu jjcm and travel

    ReplyDelete
  3. baru tahu ana ni freelance accountant..bestnya kerja dari rumah je..

    ReplyDelete
  4. sis ana suhana ,,kaki komen jugak ni ,hehe

    ReplyDelete
  5. 2017 br sempat kenal dgn lebih dkt

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.