Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum, hai semua! Aktiviti cuti sekolah masak dan makan.. hahaha! Bukan lah, sebenarnya peluang anak-anak ada kat rumah nie selalunya kami sekeluarga plan bercuti kemana-mana. Tahun nie macam tak dapat pula nak pergi, dengan kerja Abang Man dengan cuti Adik tak sama dengan Abang, kami tak ada buat plan apa-apa. Awal cuti hari tu aktiviti cuti sekolah masak dan makan aja, sementara nak tunggu Abang Man lapang sikit kan. Masak apa yang anak-anak nak makan, terutama Adik, sebab selalu Adik tak dapat nak makan sangat apa yang Ibu masak. Biasa Adik suka sangat makan spagetti, jadi hari tu masakkan spagetti Bolognise dan Bubur Kacang..

Aktiviti Cuti Sekolah
Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah

Selalunya antara aktiviti bila cuti sekolah kami pergi bercuti dan balik kampung. Kampung Tok Pah pun balik, kampung Mbah pun balik. Cuma tahun nie rasa tak balik kut, sebab Abang Man dah mula nak siapkan order, Adik pun dah nak habis cuti dah. Adik dapat cuti seminggu ja, Alhamdullilah kira lama juga lah dapat bercuti kali nie. Nak berbagi cuti tu macam tak cukup rasa. Balik kampung Tok Pah, kampung Mbah dan nak bercuti dalam seminggu tu..

Dua hari lepas kami dah plan nak bawa Adik jalan-jalan area Kuala Lumpur aja. Kesian juga Adik, hari-hari belajar dari pagi sampai malam, bila cuti nie bagi relaks-relaks sikit tengok dunia luar. Biar Adik explore apa yang Adik suka, membesar macam kanak-kanak lain juga.. ehehe. Sebab Kak Sue ada terbaca anak-anak yang bersekolah tahfiz nie katanya, zaman kanak-kanak mereka di rampas.. owh tidak sama sekali, Adik macam kanak-kanak lain juga, ada masa bermain dan membesar macam kanak-kanak lain juga. Lagipun bersekolah di tahfiz adalah pilihan Adik sendiri, sebagai Ibu dan Abah kami sangat menyokong pilihan Adik..

Dua hari dapat tunaikan permintaan Adik, Alhamdullilah juga Abang dan Kakak pun bagi kerjasama yang baik.. hahaha! Bukan apa, tau aja lah anak remaja kadang depa ada plan depa sendiri, tapi bila come to Adik depa mengalah. Sehabis baik melayan kerenah Adik tu. Tahu ajalah budak 11 tahun, dia punya aktif tu, letih Ibu dan Abah nak layan.. tak penat-penat. Nasib ada Abang dan Kakak.. Terima kasih both of you. Melayan Adik sungguh-sungguh.. ehehe..

Okaylah, sampai sini dulu kali nie nanti Kak Sue kongsikan aktiviti cuti sekolah kami jalan-jalan cari makan kat mana ya. Tinggal berbaki beberapa hari cuti sekolah anak-anak kan. Semoga masa berharga yang ada kita isikan dengan masa yang akan meninggalkan kenangan manis untuk semua.. papai!


8 comments

  1. Sedap pulak spegeti akak ni... Kena cari spegeti nampaknye utk lunch ni

    ReplyDelete
  2. terliur nampak spagetthi tu kak..sedapnya

    ReplyDelete
  3. bestnya anak² kak sue dpt makan sedap² cuti sekolah ni.. hihiih..

    ReplyDelete
  4. Bila cuti ikutkan nak gantung kuali kan..tp x dapek de...anak sure nak makan..sedapnya spegeti

    ReplyDelete
  5. sekejab jew cuti sekolah nak abis

    ReplyDelete
  6. Adik dpt mkn masakan Ibu sure bertambah22 tu

    ReplyDelete
  7. Time cuti sekolah lah masa yg ada kita luangkan masa dgn anak anak kan kak. Spagetti sedaplah kak sue..pos sket

    ReplyDelete
  8. terus teringat iklan saya suka jumaat.. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.