Masak Menu Yang Sama

Assalamualaikum, hai semua! Masak apa hari nie korang? Kadang kita mak-mak nie memang dah tak tahu nak masak apa kan, asyik masak menu yang sama aja ulang-ulang. Nak pula menu tu kesukaan sekeluarga memang akan ulang masak menu yang sama setiap minggu. Korang macam tu tak?

Masak Menu Yang Sama
Masak Menu Yang Sama

Masak Menu Yang Sama

Dalam rutin masak memasak dapur Kak Sue, rasanya dalam sebulan tu akan masak menu yang sama beberapa kali. Bukan apa, selalunya menu yang sama nie lah yang buat Kak Sue sekeluarga makan bertambah-tambah. Abang Man yang jarang makan malam pun kalau lauk yang disukai ulang lagi makan sebelah malam. Anak-anak lagi lah, seronok kan tengok suami dan anak-anak bertambah dan mengulang makan..

Selalunya menu yang sama Kak Sue masak ialah Asam Pedas Batu Kurau. Orang tertanya-tanya apa istimewa masakan nie. Sebenanrnya Asam Pedas Batu Kurau nie sama aja masakan Asam Pedas Rebus yang lain, cuma Kak Sue namakan sempena nama kampung Kak Sue. Ada kawan-kawan Kak Sue sedia maklum dah Kak Sue asal dari Batu Kurau, Taiping, Perak. Bagi yang belum tau, sekarang dah tahu dah kan..

Selain menu Asam Pedas Batu Kurau, menu lain Laksa Batu Kurau, Ayam Masak Sambal, Ayam Masak Kicap pun antara menu yang sama Kak Sue masak berulang-ulang. Cuma sesekali tu, teringin juga nak rasa menu baru kan. Kadang bukan apa, bila masak menu lain anak-anak tak berapa nak makan. Jadi takut membazir Kak Sue ulang aja masak menu yang sama. Korang yang nak cari resepi yang Kak Sue kongsi kat atas nie boleh lah cari dalam blog Kak Sue nie ya. Resepi ringkas dan mudah.. Selamat mencuba ya, papai!

Untuk pilihan resepi korang boleh klik kat sini ya Lauk Pauk


Post a Comment

10 Comments

  1. Kak Sue yang rajin...hehe...suka2 boleh buat ni resepi ni

    ReplyDelete
  2. kalo rmi yg suka menu tu..mmg xjemu la masak cuma kdg2 la nk bertukar angin menu lain kn

    ReplyDelete
  3. Macam suami sy kak kalo masak telur kicap atau masak asam pedas byk kali pun xpe.sy plak yg jemu..hehehe

    ReplyDelete
  4. Biasa lah tu kak. Sama je dgn rumah ana ni. Kdg lauk yg sama dok repeat. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wahh.. terliur sungguh saya dibuatnya :)

    ReplyDelete
  6. oo sama macam asam rebus ye..sedap tu..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. SA pun kak..kalau buntu masak àje yang sama..mmg prob tak tau nak masak apa kan..

    ReplyDelete
  8. Kalau dah sedap Dan ramai suka mmg haruslah masak selalu kan.sedapnya nampak Asam pedas Batu kurau tu

    ReplyDelete
  9. masak menu yang sama pun nampak sedap kak.. huu~ bila la nak merasa akak masak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️