Sayang Anak Ibu

September 13, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Lama Kak Sue tak kongsi cerita tentang anak-anak Kak Sue. Kadang anak-anak Kak Sue tak berapa suka sangat Kak Sue kongsikan cerita mereka di blog atau media sosial. Mereka lebih suka privacy gitu, wah macam retis la pula ya.. hahaha! Baru-baru nie kami sekeluarga berpeluang cuti pendek ke Port Dickson. Lama betul dah tak bercuti, setiap kali plan ada aja hal lain yang datang. Ada hikmah lah tu kan, dapat cuti sekejap pun Alhamdullilah dah. Kali nie kami memang betul-betul bercuti, rehat dan lepak dalam bilik hotel aja tak ada berjalan kemana sangat. Nanti Kak Sue kongsikan cuti-cuti kami ke Port Dickson ya. Bila tengok anak-anak berkumpul dan bergurau sesama memang hati nie rasa bahgia sangat. Hilang semua stress.. sungguh! Sayang Anak Ibu semua..

Sayang Anak Ibu
Sayang Anak Ibu..

Sayang Anak Ibu

Setiap anak tak sama peel dan kerenahnya. Tambah anak-anak Kak Sue masing-masing dah nak meningkat remaja. Kakak dah habis sekolah menengah dan tak lama lagi InsyaAllah kalau ada rezeki nak sambung belajar ke peringkat seterusnya, Abang akan ambil peperiksaan besar tahun nie dan Adik pula dengan hafazan dah nak sama tinggi dengan Ibu dah sekarang...

Kadang macam-macam rasa ada, risau, takut, serabut, seronok dan macam-macam lagi lah rasa, Allah aja yang tahu. Kadang naik pening kepala kita nie dengan kerenah mereka, tapi kadang rasa sejuk hati pula. Biasa lah kan, kita pun pernah remaja, pernah cuba dan buat apa yang anak-anak kita buat. Yang penting kena terapkan asas agama sebagai pendinding diri anak-anak kita supaya tak tersalah tindakan dan langkah..

Kak Sue dan Abang Man memang beri kebebasan anak-anak kami dalam memilih hala tuju dalam pelajaran atau minat mereka. Cuma ada yang perlu dipertimbangan seandainya ada minat yang belum kena dengan masa dan umur mereka. Kadang kita nak kawal atau nak tentukan masa depan anak-anak kita pun tak adil dan tak bagus juga. Anak jadi stress dan banyak memendam rasa.. mesti kita tak nak macam tu kan.. Biarlah anak-anak tu membesar dengan memori yang indah-indah saja..

Apapun Kak Sue bersyukur pada Allah dengan apa yang dikurniakan dalam hidup Kak Sue. Anak-anak yang sihat dan ceria, kalau setakat sesekali buat perangai tu kita anggap aja ujian dari Allah. Pasti ada hikmahnya. Kita sebagai orang tua kena lah nasihat dan beri tunjuk ajar supaya kesilapan yang anak-anak buat, tak berulang lagi. Sementara nak tunggu anak-anak cukup matang, memang sangat menguji. Semoga anak-anak Ibu membesar dengan sihat, ceria, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.. Ibu love you all so much.. Muahhh!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Aminnn moga anak-anak akak menjadi anak-anak yang sentiasa berpegang pada tali Allah...

    ReplyDelete
  2. Biasanya ibu memang cepat risau, ayah cool je.. betul tu kak, memang banyak karenah anak ibu bapa perlu layan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.