Jual Dadih Pulak

September 25, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie banyak masa Kak Sue terluang kat rumah, dari duduk saja.. amboi duduk saja katanya. Kerja surirumah nie mana ada duduk saja, dok tak diam saja ada lah kan.. hahaha! Kak Sue pikir nak tambah duit poket, nak jual dadih pulak dekat gerai burger depan rumah nie. Dapat lah beli apa yang Kak Sue atau anak-anak nak dan dapat bantu Abang Man sikit-sikit pun jadilah kan..

Jual Dadih Pulak
Jual Dadih Pulak

Jual Dadih di Gerai Depan Rumah

Sebenarnya kan, sebelum nie Kak Sue cadang nak jual Laksa Batu Kurau tapi memandangkan belum di luluskan cadangan tu, Kak Sue usul cadangan baru pula. Nasib baik cadangan kali nie lulus.. hahaha! Jadi bermula lah hari nie Kak Sue menjual dadih di gerai depan rumah nie. Tak tahu lah macam mana sambutan kan, mula-mula biasa lah mungkin orang belum tahu agak perlahan lah jualan. Harap bila orang sekeliling sini dah tau, laku keras lah dadih Kak Sue tu ya.. hihihi.. aamiin!

Kak Sue jual dadih guna dadih segera ja, buat beberapa pilihan perisa aja kali nie. Nanti kalau ada sambutan boleh tambah lagi kan. Mungkin nanti kalau ada sambutan boleh lah usul cadangan nak jual Laksa Batu Kurau lagi sekali. Kadang bila ada duit poket sendiri nie memang beri kepuasan tau kat diri kita. Dapat beli apa yang kita nak dengan hasil usaha sendiri. Kak Sue pun sebelum kahwin dengan Abang Man memang pernah bekerja, cuma bila dah berkahwin nie aja Kak Sue jadi surirumah sepenuh masa..

Korang yang kerja surirumah tu jangan rasa rendah diri, sebenarnya pekerjaan surirumah nie lah yang paling mulia tau. Yang mana ada kemahiran atau minat sesuatu perkara tu korang teruskan aja, dapat mengisi masa dan menambah pendapatan lagi bagus. Bukan lah maksud Kak Sue isteri yang bekerja tu tak bagus, malah dapat pahala juga sebab membantu meringankan beban keluarga. Apa-apa yang kita buat yang baik, mendapat redha suami, InsyaAllah pahala menunggu kita. Jadi jom kita buat yang baik-baik aja tau. Okay lah korang sampai sini dulu kali nie, jumpa lagi dengan entri yang lain ya.. papai!

You Might Also Like

11 ulasan

  1. kak sue ,abag man anak beranak ni memang kaki bisnes la hehhehe...nampak aja peluang kikiki,sue pun minat gak berniaga tapi tu la humaira kecik lagi,dalam kepala macam2 projek ada hehehhe...orang yang biasa kerja tak biasa dok diam saja ni hehehh...

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. Kalau ada benda yg kita boleh buat utk jana income why not kita buat kan. Semoga laku keras dadih akak ye.

    ReplyDelete
  3. moga kak su di murahkan rezeki. sedap dadih tu makan time panas2 fav miza n anak2

    ReplyDelete
  4. Saya pun suri rumah tapi ada income sendiri. Semoga bisnes kak sue terus sukses ye. 😍

    ReplyDelete
  5. saya penggemar dadih..kalau ada rezeki boleh ode dgn akk ni

    ReplyDelete
  6. suri rumahpun leh ada income apa

    ReplyDelete
  7. Semoga laku keras ya k.sue:)

    ReplyDelete
  8. smoga bisnes akak berkembang nnti. amin. InshaAllah.. sedapnya dadihhh nak sikit. hehe

    ReplyDelete
  9. waa.. kak sue buat dadih plak.. mesti sedap ni.. hee~ semoga bisnes kak sue dan keluarga maju ya..

    ReplyDelete
  10. aida setuju.
    surirumah = paling mulia.
    sebab berkhidmat utk keluarga.
    spend 100% masa utk keluarga.
    best nyer....
    now aida cuti belajar. so 4 hari solid aida surirumah.
    lagi 3 hari di KL, kelas.
    4 hari tu memang aida suka. tapi aida x bisnes. releks jer.

    ReplyDelete
  11. and weekend ni in shaa Allah nak buat dadih la.
    utk anak-anak makan jer.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.