Tetamu Raya

July 08, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Tetamu raya tahun nie kawan facebook dan geng game Farmville yang Kak Sue kenal beberapa tahun lepas. Mula kenal masa main game Farmville terus kami berkawan sampai sekarang, Alhamdullilah. Rasanya hampir enam tahun dah kut. Tak sangka akhirnya ada rezeki nak jumpa Shida dan menjadi tetamu raya Kak Sue tahun nie..


Tetamu Raya Dari Jauh

Tetamu raya kali nie dari jauh nun Melaka. Kebetulan Shida datang penuhi undangan kenduri kahwin kawan sekerja suami beliau di kawasan rumah Kak Sue. Seronok walaupun pertama kali berjumpa, Shida seorang yang peramah dan ceria orangnya. Kak Sue pun rasa selesa nak berborak tak ada rasa kekok, macam kenal lama pula rasanya.. sembang tak ingat dunia.. ehehe.. tau-tau dah petang..

Tak puas bersembang, berkongsi pengalaman masing-masing. Bagi Kak Sue Shida adalah seorang Ibu yang hebat, menguruskan rumah, suami dan anak-anak. Ambil upah mengasuh anak-anak lagi. Dan yang paling kagum anak Shida semua berjaya dan pandai-pandai semua.. baik budi bahasanya..

Harap lepas nie Shida sudi lagi singgah ke teratak kami lagi. Maaf lah kalau ada kekurangan dari kami. Terima kasih sudi singgah dan  juga buah tangan Shida tadi. Harap silatulrahim akan berpanjangan hendaknya. Jumpa lagi, papai! 

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Ana pun suka main farmville dulu kak su. Tp main sesama rakan pejabat je. Addicted jadinya :)

    ReplyDelete
  2. Seronok Kan jumpa kawan lama

    ReplyDelete
  3. Seronok berhari raya kan kak ;)

    ReplyDelete
  4. SA x banyak gambar beraya...x tau kenapa tahun ni malas nak bergambar

    ReplyDelete
  5. Kak sue.. selamat hari raya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.