Masih Mood Raya

July 07, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Di rumah Kak Sue nie masih dalam mood Raya. Seminggu beraya kat kampung kan, nie nak beraya kat rumah sendiri pula. Biasa lah bila tinggal rumah lama sikit nie.. berabuk, dah nak kena kemas dan lap balik habuk. Lega bila semua dah selesai tinggal nak mendobi sikit ja lagi. Nasib baik lah Kakak ada bantu Ibu. Dah selesai menghias rumah lagi lah terasa masih mood raya..




Masih Mood Raya Lagi

Selalunya kalau balik ke rumah sendiri, kawan-kawan dekat dengan rumah atau kawan anak-anak Kak Sue yang datang beraya. Masih mood raya lagi kan.. Ini dah mula sekolah hari biasa memang tak ada yang datang beraya.. mungkin hujung minggu baru ada yang datang. Kebetulan hujung minggu nie, ada keluarga angkat Abang Man adakan kenduri Aqiqah, jadi mungkin kami sekeluarga ke sana. Dalam kawasan perumahan yang sama juga.. jadi kalau ada kawan yang nak datang rumah boleh aja. Yang penting bagi tau awal..

Tahun nie tak pasti ada buat rumah terbuka macam tahun sebelumnya. Abang Man belum bagi kata putus lagi pada Kak Sue. Selalunya kalau ada buat rumah terbuka keluarga kedua pihak akan datang, keluarga Kak Sue selalunya akan bermalam. Ya lah jauh kan penat memandu, cuma sedih Abah tak dapat datang sebab dah mula bekerja. Harap tahun nie Abah dapat datang memeriahkan lagi suasana

Korang semua masih dalam moid raya ka? Mesti tak henti memenuhi undangan rumah terbuka juga kan. Selamat berumah terbuka dan selamat menjamu selera semua. Dalam menjamu selera jom kita elakkan pembaziran makanan dan jaga adab berkunjung sebagai tetamu ya. Jumpa lagi, papai!

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Selamat Hari Raya kak su ;)

    ReplyDelete
  2. Mood raya saya dah lama habis. Hahha

    ReplyDelete
  3. Ju dtg beraya =D lamanya xmleawat ke sni =D ju pun mmg masi mood raya #rayakansebulan xD
    salam aidilfitri buat sis dan kluarga =)

    ReplyDelete
  4. Comel bekas kuih tu kak. Ana mood raya sampai raya ke-3 je. Lepas tu moogld biasa je kak. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Jelesnya..semua org rmah cantik2 di hari raya hehe. Tetiba rindu pd rmah sendiri

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Kak Sue, Maaf Zahir Batin....

    ReplyDelete
  7. Dah hujung ni lg semangat mood raya, haha.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.