Rose Mist Hilangkan Stress

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan Rose Mist Hilangkan Stress dari Essential Oil. Sebelum nie Kak Sue nampak Blogger Safura yang kongsi pasal Rose Mist nie. Kak Sue tertarik sebab minyak nie ada beberapa fungsi kebaikan.. tak salah kan kita cuba benda baik.. lelaju Kak Sue order. Kira nie EO yang kedua Kak Sue beli, sebelum nie Cedarwood dari Young Living..

rose mist hilangkan stress
Rose Mist Hilangkan Stress

Rose Mist Eseential Oil

Jom Kak Sue nak sembang kelebihan Rose Mist dari Eseential Oil nie. Kadang bila kita penat bekerja, banyak berfikir boleh jadi stress kan. Bila stress mula lah modd semua ke laut dan rasa nak marah aja tak tentu pasal. Tak elok tau, nanti cepat tua.. ehehe.. Sekarang tak payah risau dah, kalau rasa stress sembur ja Rose Mist kat muka. Rasa sejuk dan wangi aja, best tau. Haaa.. bukan setakat untuk kecantikan aja ada macam-macam kelebihan lain lagi..

Selain dari dapat hilangkan stress, fungsi Rose Mist nie dapat menghilangkan atau mengurangkan kedut kat muka dengan pengunaan yang kerap kata Rara. Nie yang paling best ya dak? Ehehe.. biar usia meningkat tapi muka nampak muda gitu kan. Boleh pakai selepas make up ke, sebelum make up pun boleh.. spray ajaaaa..

Lagi satu untuk anak, biasalah anak-anak nie kan kadang tak kena gaya mulalah nak buat perangai kan. Kadang tu bukan apa, nak tarik perhatian kita aja. Nak bermanja.. Tak payah risau, spraykan Rose Mist nie pada anak, InsyaAllah anak akan lebih tenang.. Kita usaha aja kan, yang lebih tau hanya Allah.. 


Kata Rara lagi, satu keluarga boleh pakai tau, jimatkan.. Nak cantik, nak hilangkan stress dan tenangkan anak hanya dengan satu produk aja. Bau pun wangi tak sakitkan kepala sebab bau rose sebenar pure rose EO tau. Nak buat EO Rose nie mereka guna 10kg kelopak rose dan guna 5ml EO untuk jadikan Rose Mist. Kak Sue suka sangat, harga pun mampu milik hanya RM28.00 sahaja. Kalau korang minat nak Rose Mist nie boleh lelaju pm Rara kat sini Safurara FadhlanJom kita ber Essential Oil jom, papai!





Post a Comment

2 Comments

  1. tau best tu, tapi takut sangat , muka sangat sensitif nak sembur-sembur nih

    ReplyDelete
  2. essential oil biasanya sangat menenangkan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️