Jom ke Kompleks Kenanga

June 04, 2017

Assalamualikum, hai semua! Kami dah planning beberapa nak ke Kompleks Kenanga nie, lagipun Alang adik Kak Sue sebelum datang rumah Kak Sue awal-awal dah cakap teringin nak ke sini. Macam yang semua tahu, Kenanga Mall nie satu pusat beli belah secara borong. Macam-macam pilihan ada kat sini, dari pakaian, tudung, bag, kasut dan macam-macam lagi. Memang rambang mata kalau ke sini tau.. Sekali datang, pasti nak datang lagi.. ehehe..



Kompleks Kenanga Syurga Beli Belah

Kak Sue pertama kali ke Kompleka Kenanga syurga beli belah nie rasanya dua, tiga tahun lepas. Kak Sue suka datang sini sebab harga yang sangat berpatutan dengan bermacam pilihan yang menarik. Cumanya kat sini kalau datang, parking agak susah sikit sebab sentiasa penuh ja. Macam kami sekeluarga kali nie planing datang awal pagi..

Tahun nie tema warna untuk keluarga sebelah Kak Sue Royal Blue, tapi macam confius jap warna tu dengan Dark Blue. Jadi tadi kami bantai aja lah janji nampak biru sudah. Awal pagi memang agak lengang, tapi tetiba ja sedar-sedar dah penuh dengan pelanggan lain.. Kami pun cecepat lah nak kena balik dah sebab petang nanti nak niaga Pasar Ramadhan pula.

Kami keluar rumah tadi dalam 9.30 pagi dan habis membeli belah dalam pukul 2.00 petang. Hadoi, macam nak tercabut kaki rasanya. Kak Sue tak ada pun ambil gambar sebab dok kalut pilih baju. Bila dah ramai segan pula nak ambik gambar. Lagi pun risau juga nak ambil gambar nanti tuan kedai marah pula kan.. huhuhu.. Korang yang tercari-cari tempat nak beli baju raya dengan harga yang murah dan pilihan yang banyak boleh lah singgah sini tau. Kompleks Kenangan nie berdekatan dengan kawasan Penjara Pudu. Nanti korang boleh waze ja okay, selamat membeli belah, papai!


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Lama betul tak dtg kompleks kenanga ni.. Rindu pulak nk kesana..

    ReplyDelete
  2. Cantik royal blue. Warna tema ana 3 tahun lepas tp sampai skrg baju tu simpan lagi. Repeat setiap tahun kak. Hehe. Jimat selagi boleh.

    ReplyDelete
  3. bestnye !!! tahun lepas dah g KWC.. tahun ni tak plan nak g sana tapi nak tukar ke GM Klang.. hee~

    ReplyDelete
  4. Bestlah depa p sonpin, hihi

    ReplyDelete
  5. Dah lama SA tak kesini...

    ReplyDelete
  6. tak pernah pergi sini lagi..sedihh..ajak suami punya la susah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.