Jom Lepak Gerai Tepi Jalan Sabak Bernam

May 04, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie seharian Kak Sue ikut Abang Man ambik barang niaga di Sabak Bernam, Selangor. Macam biasa bila selesai kerja Abang Man, kami sekeluarga mesti cari tempat makan dulu sebelum balik. Tadi tetiba Abang ternampak kawan satu kampung Encik Zul, terus pusing balik. Rupanya beliau berniaga kat situ, jadi kami singgah gerai Zul lepak-lepak dan makan. Lagi pun lama tak jumpa kan.. Sebelum nie beliau berniaga kat tempat lain tapi tepi jalan juga. Jangan tak tau gerai tepi jalan pun sedap tau..

gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Cantik kan mangkuk nie

Gerai Tepi Jalan Pun Sedap

Kami sekeluarga memang suka singgah gerai tepi jalan. Sambil makan lepak-lepak tengok gelagat orang dan menikmati suasana kat situ. Kadang setengah orang tu segan nak makan tepi jalan konon tak ada "kelas". Bagi keluarga Kak Sue tak kisah mana-mana pun janji sedap dan bersih. Jangan korang tak tau gerai tepi jalan nie kadang lebih sedap dari restoran yang gah namanya tau..

Gerai Zul masih baru dibuka dan banyak lagi yang nak diperbaiki. Gerai beliau tepi jalan berdekatan dengan pekan Sabak Bernam. Menu yang ada kat situ minuman Cendol Kacang, Cendol Pulut juga minuman sejuk dan panas. Makanan pula ada Laksa, Mee Jawa, Kuew Teow Goreng dan Mee Goreng. Akan datang katanya akan ada Nasi Campur.. boleh lah lain kali singgah sini lagi. Jom tengok apa yang kami order untuk hari nie..

gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Kami order Cendol Kacang dan Cendol Pulut


gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Abang Man order Mee Jawa


gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Kak Sue dan Kakak order Laksa


gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Abang order Kuew Teow Goreng
Kalau ikut selera Kak Sue sedap juga semua menu kat sini. Kena pula dengan layanan mesra dan suasana tempat yang santai macam nie. Kak Sue tak ambil gambar gerai tadi sebab gerai pun katanya masih banyak yang nak diperbaiki lagi. Korang kalau ada yang ke Sabak bernam, datang lah singgah Gerai Encik Zul nie ya, terima kasih.. Papai!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. mee jawa tu nampak sedapnya kak sue. ana memang suka makan mee jawa. manis2 mcm tu. mangkuk cendol pun comel jer. =)

    ReplyDelete
  2. Alaa...tgok laksa ngan mee jawa tu sedap betul la..betul tu kak...walau gerai tepi jalan..selalunya sedap dan patut dikunjungi

    ReplyDelete
  3. Alaaaa.. Terliur tengok cendol tu tau.. Dah la panas2 ni :P

    ReplyDelete
  4. Cendolll 😱😍😍😍 Sodap makan time cuaca panas lit-lit 😁

    ReplyDelete
  5. sama la kita.
    sgt suka makanan gerai.
    sedap.
    murah.
    santai.
    kan?
    aida x pernah sampai sabak bernam.
    selangor kan besar.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.