Adik Demam Lagi

May 10, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Adik demam lagi, rasanya semenjak dua menjak nie Adik macam kerap demam. Susah hati juga Kak Sue nie.. Semalam ingat Adik balik keletihan main bola, sekali cek badan.. panas lah pula. Terus suruh Adik mandi, solat dan tidur. Kak Sue cuma basahkan tuala dan bagi Adik makan panadol aja untuk kurangkan demam dan panas badan. Macam kurang sikit, tapi pagi tadi Adik demam lagi..

adik demam lagi

Adik Demam Lagi

Hari nie tak ke sekolah lah sebab tengok Adik macam demam lagi. Badan masih panas dan katanya sakit kepala. Adik bangun untuk mandi dan solat aja. Petang sikit Kakak suapkan Adik makan, nasib lah ada selera juga nak makan. Kak Sue masakkan bubur tumis hari nie. Lepas maghrib tadi badan Adik masih panas. Abang Man buat keputusan nak bawa Adik ke klinik. Risau juga kan bila demam dan badan panas nie. Lepas tu asyik mengadu sakit kepala.. kesian anak Ibu..

Kami bawa Adik ke Klinik Dr. Najihah, alhamdullilah hanya ada dua orang pesakit termasuk Adik. Pengurusan pun mesra dan cepat. Doktor pun baik dan peramah. Doktor kata suhu badan Adik panas lah juga, dalam 38 tapi tak ada lah teruk. Cuma kalau tak baik juga demam dalam dua, tiga hari nanti doktor suruh datang lagi ke klinik. Tadi doktor bagi antibiotik, ubat demam dan cuti dua hari untuk Adik

Harap demam Adik tak berlarutan lah macam yang sudah-sudah. Ibu doakan Adik cepat sembuh ya nak. Terima kasih juga kepada keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Adik. Papai.. !

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Lahai siannya.. moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Lea, tu lah susah hati kalau anak-anak tak sihat nie kan..

      Delete
  2. Owhhh.. rasenya dengan cuaca tak menentu ini tak banyak juga membantu... ;(

    ReplyDelete
  3. Syafakallah adik. Makan ubat dan rehat baik2.

    Skrg cuaca tak menentu kak tu ramai yg demam. Hujan panas hujan panas kan.

    ReplyDelete
  4. Adik...adik seangkatan dengan kisah abam QI...kerap demam pulak akhir2 ni...semoga adik segera sembuh ya.

    ReplyDelete
  5. moga cecepat sihat ye.
    skang ni musim x menentu.
    jap ujan jap panas terik...
    kena byk kan minum air :) in shaa Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.