Selamat Hari Jadi Abah Tersayang...

April 16, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie hari jadi Abah Kak Sue yang tersayang. Tak dapat kami nak buat sambutan hari jadi Abah, cuma ucapan dan doa aja dari jauh. Ya lah, Kak Sue kat Rawang, Abah kat Taiping sana. Hanya whatapps ajalah penghubung kami sekeluarga nak bertanya khabar atau ucapan. Kak Sue memang lebih rapat dengan Abah dari kecil sampai lah dah berumahtangga. Cuma sejak akhir-akhir nie Abah sibuk sikit, jarang dapat bercakap terus di telefon, whatapps aja kalau bertanya khabar atau ada benda penting yang nak bincang... sedih la juga kenkadang.. huhuhu..

selamat hari jadi abah tersayang

Selamat Hari Jadi Abah Tersayang


Abah Kak Sue nie seorang yang garang dan tegas orangnya. Bekas askar kan, displin dan kebersihan memang benda paling utama lah dalam rutin harian. Tak berani nak kotorkan atau sepahkan rumah kalau Abah ada, memang kena la nanti. Bukan masa kecil ja, sampai sekarang pun Abah memang pantang rumah bersepah dan tak jaga kebersihan, memang kena bebel lah jawabnya.. Kami anak-anak Abah memang faham sangat dan rasanya semua adik-beradik Abah pun sedia maklum perangai Abah yang satu nie.. ehehe.. 

Walaupun Abah tegas dan garang, tapi ada satu-satu masa masih lagi ada bergurau sesama kami. Kalau dengan cucu-cucu Abah lebih banyak berlembut dan bergurau. Abah juga jenis tak lokek orangnya, suka bersedekah dan membantu orang disekeliling beliau. Hobi Abah pula menjawab teka silang kata, sampai Abah pernah lah menang jam tangan. Sekarang Kak Sue tak pasti Abah masih teruskan hobi Abah yang satu nie..

Okaylah, sempena hari jadi Abah hari nie.. Orang (Kak Sue bahasakan diri kat keluarga orang) ucapkan selamat hari jadi Abah, semoga Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan Abah, dunia dan akhirat.. orang sayang Abah sangat-sangat.. Nanti orang balik kita keluar makan ramai-ramai, take care Abah.. love you!

Beberapa hari lepas kami adik beradik buat plan nak buat kejutan kat Abah. Lagi pun sepupu Kak Sue ada buat perkhidmatan Suprise Delivery di kawasan Batu kurau dan kawasan sekitar, jadi kita support lah kan bisnes sepupu. Terima kasih sepupu sebab tolong suprise kan Pak Lang.. semoga terus succes dengan bisnes ya. Kak Sue kongsikan detail kat sini pada sapa yang berminat.. Bk  Bouquet Delivery nombor telefon 011- 2658 6793 / 011 3340 2430. Papai..!

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Sanah helwah buat ayah kak sue. Di doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg terbaik. Amin.

    Ana pun bahasakan diri "org" dengan mak ayah 😊

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir abah kak sue. Semoga panjang umur dan murah rezeki.. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir Abah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.