Rutin Baru Kak Sue

April 07, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Rutin baru Kak Sue ialah menjemput Adik balik dari sekolah sekarang nie. Selalunya Abang Man atau kami berdua yang jemput Adik, tapi bila hari Jumaat aja Kak Sue yang akan jemput Adik sebab Abang Man berniaga di blok sebelah taman perumahan Kak Sue nie. Atau kadang kalau Abang Man ada kerja lain memang Kak Sue yang akan jemput Adik.. Macam nie lah rutin seorang Ibu kan selain dari kerja rumah yang tak habis-habis tu..
rutin baru kak sue

Rutin Baru Kak Sue


Sebenarnya kan sebelum nie ada kenalan rapat yang bagi tahu Kak Sue, moment indah ibu atau bapa salah satunya menghantar dan menjemput sendiri anak balik sekolah. Bagi diri Kak Sue selain moment indah, kita rasa lebih selamat dan selesa kalau kita yang menjemput sendiri anak-anak kita. Kita juga dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak ketika dalam kereta boleh sembang-sembang tanya perkembangan kat sekolah. belajar apa.. makan apa.. dan macam-macam lagi lah.. Seronok dengar anak-anak berkongsi cerita kan..

Bukan Kak Sue kata bila tak jemput atau hantar anak-anak tu kita tu tak selamat atau selesa, bukan. Cumanya berdasarkan pengalaman sendiri bila ada kecuaian pihak lain, kami rasa lebih baik kami yang menghantar dan jemput anak-anak sendiri. Kak Sue faham zaman sekarang nie kadang menuntut ibu perlu bekerja bagi membantu ekonomi keluarga kan.. zaman sekarang semuanya mahal..

Kak Sue bersyukur dapat menjadi surirumah dan mengurus anak-anak sendiri dari mula berkahwin sampai lah sekarang.. Terima kasih juga pada Abang Man yang sentiasa bertolak ansur, memahami dan sentiasa membantu tugas Kak Sue kat rumah. Akhir kata semoga keluarga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..aamiin ya rabb.. Papai!




You Might Also Like

8 ulasan

  1. Tu salah satu sebab ana resign dari kerja dan jadi suri rumah skrg. Biarlah duit tak banyak janji masa anak membesar kita ada di sisi mereka. 😊

    ReplyDelete
  2. Masa skola rendah, pergi & balik skola jalan kaki sebab cikgu sindir siapa yg pergi skola dihantar oleh parents. Masuk skola menengah pun jalan kaki juga sebab wajib duk asrama. Kalau balik kampung pun, naik train kecuali train rosak. Cuma kalau balik asrama dari rumah tu, parents yg hantar :D Ada juga kenangan :) Lagipun zaman sekarang x sama dengan dulu. Sekarang ni, biar anak dijemput oleh parents depan skola tetap juga penculik tu berani nak culik kan. Menakutkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa.. kenapa pula nak sindir, pelik-pelik pulak.. huhuhu.. Kak Sue pun dulu pergi balik sekolah jalan kaki aja, betul.. zaman sekarang nie memang menakutkan..

      Delete
  3. Alhamdulillah kal sue..dapat jemput dan hantar ke sekolah sendiri satu kebahagiaan .. dlu lya pon hantar dan jemput anak2 kat sekolah tapi sejak satu kes keter mati mengejut kat traffic light lya dah jadi pobia nak ambik dan hantar anak2 ke sekolah..huhuhu..sekarang dioarang naik van sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rasa lega ja Lya.. Kak Sue nie pun kadang jadi ngelabah juga masa drive tu Lya, tapi kuatkan hati je lah.. hihihi..

      Delete
  4. best jadi surirumah..rasa apa kita buat ni puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. rasa puashati semua kita buat sendiri, Alhamdullilah Nad kita terpilih menjadi surirumah 😊

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.