Pengalaman Pertama Naik MRT..

April 14, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi pengalaman pertama naik MRT. Dah lama Kak Sue nak cuba naik MRT nie, tapi belum berkesempatan aja. Sebab selalu Kak Sue keluar Abang Man yang hantar atau Kak Sue drive sendiri. Hari nie balik dari event Kak Sue cuba naik MRT dengan Kakak dan Blogger Aiin Baharom. Jakun lah sekejap Kak Sue .. hahaha.. Buat malu ja kan.. Last sekali Kak Sue guna pengangkutan awam nie rasanya dah dekat 20 tahun. Maksudnya yang dalam KL lah.. dulu, pergi kerja hari-hati naik LRT kut...
Pengalaman Pertama Naik MRT..


Pengalaman Pertama Naik MRT

Nasib baik ada Aiin yang bantu Kak Sue semalam, macam mana cara naik naik, nak beli tiket, nak tunggu kat mana sebab memang tak tahu pun Kak Sue, tak pernah naik train dah lama. Cuma masa anak-anak Kak Sue sekolah asrama kat Perak dulu, ada lah sekali merasa naik ETS. Terima kasih Aiin, lain kali boleh dah kut naik sendiri..ehehe..
Pengalaman Pertama Naik MRT..

Masa naik MRT tadi orang tak ramai sangat. Lapang aja, siap nak lari dalam tu pun boleh..  Tak ada lah sesak sangat. Cumanya kalau untuk sampai ke tempat Kak Sue kena tukar train kat Sungai Buluh, kemudian naik Komuter pula. Nak menunggu Komuter tu yang jadi masalah sikit, berejammm! Dah berejam satu hal, sesak pulak tu.. sabar je lah.. Waktu bekerja katankan.
Pengalaman Pertama Naik MRT..
Dalam MRT

Apapun, satu pengalaman baru untuk Kak Sue dan Kakak. Seronok juga naik train nie kan. Lain kali nak ke event boleh lah Kak Sue naik train aja.. senang sikit kan. Jimat pun ya.. Zaman sekarang nie semua nak kena jimat..kan..kan.. Kena pandai-pandai lah kita nie nak hidup dan berjimat cermat.. huhuhu.. Okay lah, setakat nie dulu kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Memang best naik train. Macam saya hari tu pergi Padang Besar naik ktm dengan harganya yang murah dan masa yang singkat....

    ReplyDelete
  2. SA dah hari2 naik pi keja balik kerja kak...mmg pilihan sekarang...jimat dan x tempuh jammed..

    ReplyDelete
  3. Nti seronok la kak sue ngn kakak jalan shopping raya😂 tq pegangkan adam sdmalam hehe

    ReplyDelete
  4. elsa tak pernah merasa naik lagi. hikhik In Shaa Allah satu hari nanti hehe

    ReplyDelete
  5. nad pun dah lama tak naik train

    ReplyDelete
  6. Cikla pun dh lama x baik train. Dulu masa study, inilah pengangkutan utama. Hihi.. Siap dh guna token dh... canggih dh skng..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.