Beauty And The Beast 2017

April 06, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue memang suka dengan cerita dogeng dari kecil sampai lah sekarang. Siap ada koleksi video tape tau dulu masa waktu masih bujang. Sampai ada antara kawan Kak Sue cakap kalau orang yang suka cerita dogeng macam nie suka berangan dan berimaginasi.. amboi gitu,hahaha.. Sebelum nie anak Kak Sue ada cakap nak menonton Beauty And The Beast 2017 tapi tak berkesempatan lagi sehingga semalam. Kak Sue dan Abang Man buat kejutan pada anak-anak, kami tempah tiket Beauty And The Beast awal untuk tayangan sebelah malam di TGV Cinema Aeon Anggun Rawang
beauty and the beast 2017


Beauty And The Beast Memang Menghiburkan


Kami sampai kat TGV Cinema lagi beberapa minit movie nak mula, sempat lah belikan anak-anak jajan sebelum masuk. Adik yang paling teruja sekali, macam Ibu dia juga ehehe.. Dari mula cerita sehingga habis memang fokus betul layan movie nie. Memang menghiburkan dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Bagi Kak Sue tak ada pun adegan yang melampau, okay-okay jaa..

beauty and the beast 2017
Beauty And The Beast 2017 - Gambar sumber Google
Jalan cerita masih sama dengan vesri kartun Disney yang asal, tapi lebih menarik dengan Beauty And Beast 2017 nie. Sebab bukan versi kartun kan.. teruja tengok cawan teko dan barang rumah semua boleh bercakap.. menyanyi. Sampai Adik cakap, macam nak tengok sekali lagi lah Ibu.. haaa, punya best tak best sampai nak ulang tonton lagi tu.. Nak tau best tak best korang kenalah tonton sendiri. Kak Sue confirm anak-anak mesti suka..

Korang yang belum menonoton boleh lah cecepat pergi TGV Cinema berdekatan. Setiap hari rabu harga tiket lebih murah dari hari biasa, jimat dah kat situ..ehehe.. Selamat menonton korang.. papai!

Untuk  detail lanjut korang intai sini www.tgv.com.my



You Might Also Like

5 ulasan

  1. ana pun suka tgk cerita2 dongeng ni kak. sampai skrg kalau ada je dekat astro mesti layan. hehe. terlebih excited dari anak sendiri.

    ReplyDelete
  2. elsa tak minat cerita nieeee hahaha tak tahu kenapa. maybe elsa bukan hati lembut kot hikhik

    ReplyDelete
  3. Suka jugak citer disney. Tapi, tak berkesempatan lagi nak tengok citer ni. :)

    ReplyDelete
  4. Takda cinema yang berdekatan, jadi terlepaslah peluang nak tengok dalam masa terdekat ni. Kena download sendiri ja la nanti XD Nak try tengok juga sebab sy pun peminat dongeng2 ni. Lagipun kebanyakan review yang sy baca semua cakap best B&B ni <3

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.