Kakak Takot... !

9:41:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Sekarang nie Kakak anak dara Kak Sue dah habis belajar, tengah tunggu result SPM.Masa yang terluang Kakak berniaga ais krim Malaysia aja dari rumah.Jadi lah lepas duit poket Kakak sendiri kan..Kami plan nak suruh Kakak ambil lesen kereta.Senang muda-muda gini dah ada lesen tapi Kakak takot lah pulak nak bawa kereta.Semalam petang Abang Man ajar Kakak bawa kereta di kawasan Desa Puteri, sana lengang sikit jalannya tak ada lah Kakak takot sangat kan..Belajar dulu pelan-pelan..

kakak takot,belajar memandu
Ha..memula belajar pun Kakak takot dah..ehehe...

Kakak Belajar Memandu Dengan Abah

Kak Sue ingat sebelum Kakak sambung belajar atau bekerja eloklah ambik lesen kereta siap-siap.Bukan apa nanti kalau dah belajar atau bekerja dah susah pula asyik nak cuti aja kan..Tak mau lah macam Kak Sue nie dah tua bangka baru lah nak ambik lesen, itupun sebab Abang Man kadang dok bising suruh Kak Sue belajar memandu takut nanti kalau apa-apa terjadi sekurang-kurangnya Kak Sue boleh memandu..

Sebelum daftar nama Kakak kat sekolah belajar memandu, Kakak belajar dengan Abang Man dulu.Belajar sikit-sikit tentang kereta mana clutch,brek dan minyak.nanti senang dah tau basic kan.Macam Kak Sue dulu pun Abang Man yang ajar memula pastu baru ke sekolah memandu.Belajar memandu nie tak boleh takot,kalau takot yang jadi susah nak fokus dan belajar tu..Kak Sue pun dulu macam tu..Dah la dapat cikgu garang nak mampos..sabooo aja lah!

Kakak nie dia punya takot sampai bergegar kereta semalam.Nasib baik Ibu tak tersembam ke depan dok asyik tengok handphone...hihihi!Bila dah jadi macam tu, Kakak jadi terketar-ketar nak bawak tapi Abang Man tenangkan Kakak dan suruh bawa juga pelan-pelan.Biasa la kan pertama kali pegang stering kereta,manual pulak tu.Kalau perempaun boleh bawak manual zaman sekarang kira dasat juga lah kan..kan..kan!Macam Kak Sue..eceh..hahaha..

Harap sebelum Kakak sambung belajar atau bekerja Kakak dah ada lesen kereta dan motor.Senang nanti kalau Ibu atau Abah letih memandu boleh lah Kakak yang gantikan.Ibu dan Abah boleh lah rehat..kannn..ehehe...Sampai sini dulu kali nie,nanti kalau Kakak dah dapat lesen Kak Sue share lagi kat sini ya...papai!

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments:

  1. Nanti kalau dah ambik lesen nak dapat kerja senang, kadang-kadang majikan perlukan pekerja yang ada lesen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan..senang rancang awal semua :)

      Delete
  2. Dah besar ye anak kak su. Saya dulu pun sehari selepas birthday terus mak daftarkan saya kat driving school. Tak rugi daftar awal-awal. Mostly company sekarang menitikberatkan lesen memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Moon..sekejap ja rasa masa,kann..elok rancang awal :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.