Adik Demam..

Assalamualaikum,hai semua!Musim demam kut sekarang, sebelum nie Kak Sue pun tak berapa sihat.Pastu tengok adik dan anak buah Kak Sue..sekar...

Assalamualaikum,hai semua!Musim demam kut sekarang, sebelum nie Kak Sue pun tak berapa sihat.Pastu tengok adik dan anak buah Kak Sue..sekarang nie Adik anak bongsu Kak Sue pula demam.Bila anak demam nie memang susah hati, tambah Adik kalau demam atau tak sihat Adik tak banyak kerenah, diam aja..kadang risau juga kalau diam sangat nie..

adik demam
Adik Demam ...cepat sembuh ya sayang Ibu

Badan Adik Panas Dalam 

Hari nie Adik tak sekolah lah,suruh Adik cuti aja lepas solat subuh tengok Adik batuk dan suara hilang.Rasa badan..Allah panas,demam anak ibu.Nanti nak masakkan air barli kegemaran Adik biar sejuk sikit badan.Sebelum nie pun dah pecah-pecah dalam mulut sebab panas dalam kan..Nak makan pun susah,kesian Adik..

Kalau masih tak kurang panas dan demam nak kena bawa ke klinik kejap lagi.Kalau boleh tak nak bila demam aja ke klinik lebih suka rawat di rumah dulu.Basahkan tuala, letak atas kepala atau letakkan cool fever.Kadang ramas daun bunga raya basahkan kat kepala,InsyaAllah panas akan surut, tapi kena rajin pantau lah ya kalau rawat kat rumah nie.Tak boleh nak biar aja, bahaya juga tau!Kalau dah terok sangat panasnya baru kami bawa ke klinik.Harap Adik cepat sembuh dan ceria macam selalu..cepat sembuh ya Nak,Ibu love you!

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Kalau anak dah demam tu Kak Sue, memang kena rajin pantau diaorang ni... paling risau kita suap makanan diaorang tak lalu makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nasib tadi nak makan la juga sikit...

      Delete
  2. semoga adik cepat sembuh ya kak sue

    ReplyDelete
  3. GWS adik..moga cpt sembuh dah sihat seperti sediakala

    ReplyDelete
  4. Syafakallah.. moga cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.