Adik Dah Mula Sekolah

March 27, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Habis dah cuti sekolah untuk kali nie, Adik dah mula sekolah hari nie. Cuti seminggu rasa macam sekejap jaa kan..Pejam celik tau-tau dah habis cuti Kak Sue sekeluarga tak kemana-mana pun cuti nie sebab Abang Man baru mula berniaga air balang balik nie. Biasa lah orang meniaga nie tak boleh nak kejap tutup, kejap buka gerai nanti pelanggan pun lari kan..Tunggu cuti yang akan datang lah..
adik dah mula sekolah
Adik dah mula sekolah hari nie 

Adik Dah Mula Sekolah Dah


Semalam dah siapkan semua barang sekolah Adik, takut nanti bila nak ke sekolah kelam kabut mencari itu, ini tak ada.Baju pun dah siap bergosok semua, senang. Buku yang Ustaz Amin minta belikan pun dah ada, semua siap. Rasanya dalam minggu nie Adik akan belajar ke peringkat yang lain, Alhamdullilah!

Ibu dan Abah tak ada target untuk Adik habiskan hafazan dan bacaan, biarlah Adik buat secara selesa.Tak mahu beri tekanan kepada Adik. Begitu juga kepada anak-anak Ibu dan Abah yang lain, Kakak dan Abang. Semua ibu bapa dalam dunia mahukan yang terbaik untuk anak mereka, tapi kena terima lah tahap kemampuan anak-anak.Sebagai ibu bapa kita kena faham anak-anak kita kan.. Biar apa yang anak-anak buat tu mereka suka,bukan kita yang suka..Jadi anak-anak pun selesa dan seronok kan.. 

Ibu dan Abah doakan semoga Adik sentiasa ditenangkan dan diterangkan hati, bukan senangkan nak menghafal. Doa yang sama juga untuk Kakak dan Abang dalam bidang masing-masing. Ibu dan Abah sentiasa menyokong..Semoga Kakak, Abang dan Adik juga anak - anak yang lain di sekolah Adik sentiasa dalam lindungan dan dalam rahmat Allah.. aamiin ya rabb..love you Adik!

You Might Also Like

9 ulasan

  1. Sekejap je rasa nya kan kak sue, dah sekolah balik. Semoga adik berjaya dunia dan akhirat.... Aamin

    ReplyDelete
  2. Belajar baik-baik ye dik.. All the best !

    ReplyDelete
  3. belajar elok-elok ye dek , jadik anak yang soleh ♥

    ReplyDelete
  4. Belajar rajin2 ye adik...

    ReplyDelete
  5. Rindu zaman sekolah pulak baca entri akak :')

    ReplyDelete
  6. selamat belajar adik hikhik :*

    ReplyDelete
  7. Semoga menjadi anK soleh yg berjaya di dunia dan akhirat adik.

    ReplyDelete
  8. Semoga Adik menjadi seorang anak yang soleh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.