Tahu Tak..?

February 13, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue dan Adik anak bongsu Kak Sue memang suka makan kurma.Kalau bulan puasa tu,kami sahur makan kurma aja dah cukup.Alhamdullilah bertahan sampai ke petang,tak lapar pun.Berbuka pun kami semua makan kurma dulu sebelum jamah makanan lain.Tahu tak kenapa Kak Sue suka makan kurma tak kira lah bulan puasa atau hari biasa dan tahu tak banyak kelebihan tau kalau kita amalkan makan buah kurma nie..

tahu tak,kelebihan kurma
Tahu tak banyak kelebihan makan makanan sunnah tau..Ini Kak Sue beli di Mahnaz Food


Tahu Tak...?


Sebenarnya banyak tau kelebihan makan kurma nie,selain ianya makanan sunnah.Kak Sue memang sentiasa ada bekalkan kurma dirumah.Kadang bila badan rasa tak larat,lapar ka Kak Sue lapik perut makan kurma dulu sementara nak tunggu habis masak atau sarapan pagi.Terus hilang rasa lapar tu tau,tak percaya nanti korang cuba sendiri..

Lagi satu kan,tahu tak makan kurma dalam jumlah yang genap dapat menghasilkan gula dalam darah.Sebab tu Rasullulah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil agar ianya berubah menjadi karbohidratSeperti yang kita tahu  karbohidrat adalah sumber tenaga untuk menjalan pelbagai aktiviti harian kita.Bila kita makan kurma dalam jumlah yang disarankan oleh Rasullulah SAW tadi,InsyaAllah kita rasa bertenaga dan tak letih..info nie dikongsikan oleh family member di group whatapps jadi Kak Sue kongsikan kat sini pula..

Kurma memudahkan kelahiran,macam Kak Sue sendiri masa saat melahirkan anak-anak Kak Sue mak mertua ajar makan kurma dalam tujuh biji bagi memudahkan.Juga untuk tenaga ketika kita nak melahirkan tu maklumlah Kak Sue kalau dah sakit tak lalu dah nak makan.Jadi makan kurma sebagai sumber tenaga,melahirkan nie bukan main-main tenaganya..setengah nyawa kata orang kampung Kak Sue..ehehe..yang dah merasa tahu lah kan macam mana..

Bagi Kak Sue seeloknya kita ajak keluarga kita amalkan makan makanan sunnah.Pahala dapat kesihatan kita dan keluarga pun insyaAllah terpelihara.Sekarang ada kedai atau dijual secara online makanan sunnah senang dah kita nak beli kan..Semoga bermafaat untuk semua ya..papai!



You Might Also Like

1 ulasan

  1. alhamdulillah, byk khasiat kurma cuma ada sgelintir jarang amlkn kn sbg rutin pemakann seharian, kurma hnya byk di tekankan cuma masa ramadhan.
    Ju dpt tips juga kalo kita yg masih belum ada cahaya mata cuba berusaha melalui kurma, kurma dalam bilangan ganjil, kupas & letak sekali dlm susu kambing, baca doa & niat. Tgh amalkn , insyallah smoga bmanfaat kpd Ju =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.