Resepi Pecal

February 04, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue balik kampung mertua di Langkap,Teluk Intan sempena sambutan harijadi bapa mertua Kak Sue ada buat makan-makan sikit.Salah satu menu hari nie feveret kami sekeluarga ialah Pecal.Pecal nie salah satu makanan tradisi orang jawa juga,tapi nak buat tu kalau bebanyak macam renyah la juga.Nak pula kalau mertua Kak Sue tak suka guna blender ke apa..nak tumbuk kacang guna lesung kayu.Kata mak barulah sedap.Jom kita tengok resepinya ya..

resepi pecal
Pecal

Resepi Pecal

Bahan - bahan :
1 kg kacang tanah - digoreng
100 gram ikan bilis - digoreng
1 mangkuk cili kering - digoreng ( kalau nak pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah - digoreng
6 ulas bawang putih - digoreng
1 inci halia - digoreng
1 biji kentang - digoreng
Sedikit gula,garam dan asam jawa 

Cara - cara :
Tumbuk kacang yang digoreng tadi,kemudia asingkan.
Kemudian tumbuk semu bahan lain sehingga halus
Akhir sekali gaul kacang dan bahan - bahan lain perasa dengan gula,garam dan asam jawa
Campurkan kacang yang ditumbuk dengan air suam dan gaulkan ikut kesukaan masing - masing nak pekat macam mana ya..

Bahan Sayur dan Ulam
Bahan - bahan sayur dan ulam,ikut kesukaan korang.Macam mertua Kak Sue letak pucuk ubi,kangkung,paku rawan,pucuk paku,timun dan tauge.Celurkan sekejap,kemudian boleh lah digaulkan dengan kuah pecal tadi.Sedia untuk dihidangkan..



You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.