Pau Viral

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue nak kongsi dengan korang nie mana nak dapatkan Pau Viral yang tengah meletop sekarang nie.Sebelum nie sana sini orang dok viralkan Pau Cendawan kan,bebaru nie ada Pau Ayam Panggang pula.Kak Sue pun tak mau ketinggalan nak merasa pau viral Pau Ayam Panggang nie..boleh tahan rasanya..sedap makan panas-panas!

pau viral,pau cendawan klang,pau cendawan,pau ayam panggang,pau mini
Pau Viral - Pau Cendawan,Pau Ayam Panggang dan Pau Mini

Pau Viral - Pau Cendawan,Pau Ayam Panggang dan Pau Mini


Salah seorang kawan Kak Sue ada berniaga Pau Viral nie tau.Tak kiralah Pau Cendawan,Pau Ayam Panggang atau Pau Mini,semua ada.Pau Cendawan macam kita tau lah dalamnya ada inti cendawan,bentuk pun macam cendawan.Pau Ayam Panggang ada inti ayam dan bentuk pun macam ayam,kreaktif betul depa nie kan.Pau Mini pula pau yang bersaiz kecil dan ada inti kacang merah atau kaya.Sedap tau,lembut sangat.Nak beli yang belum kukus pun boleh,buat stok kat rumah minum pagi atau petang balik boleh kukus kat rumah sendiri.


pau viral,pau cendawan klang,pau cendawan
Pau Viral - Pau Cendawan


pau viral,pau ayam panggang
Pau Viral - Pau Ayam Panggang

Kalau korang nak rasa atau nak order boleh singgah gerai-gerai kawan Kak Sue nie area Klang,tapi beliau ada buat delivery beberapa kawasan.Beliau juga ada menerima order untuk sebarang majlis  dan special packing untuk event.Korang boleh lah hubungi beliau di Pau Cendawan Klang atau boleh hubungi di nombor 016 6214477

Pau Cendawan Klang
Gerai - gerai dibuka dari 2.00pm sehingga 7.00 pm atau sehingga habis stok
- Sri Istana Klang - Jalan Raja Jumat
- Seksyen 7 Shaha Alam - berdepan dengan Giant
- Johan Setia - depan ARR Corner
- Sungai Bertih / Sungai Udang Klang - berdekatan pejabat Adun / Econmart Lama

Jemput singgat tau,terima kasih..

Post a Comment

9 Comments

  1. temptingnya, hehe, setakat ni belum ada peluang nak rasa pau viral, In Shaa Allah balik Shah Alam nanti nak trylah, hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa lagi pau panggang tu... hehehhe

    ReplyDelete
  3. belum pernah makan. nak cuba nanti

    ReplyDelete
  4. teringin juga nak makan pau cendawan tu , agak-agak dekat kuantan ada jual tak

    ReplyDelete
  5. p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  6. macam macam makanan yang viral sekarang ni...

    memang menarik pau ayam panggang ni

    ReplyDelete
  7. Aida lom merasa pau ayam tu, yg cendawan dah.
    Comel pau ayam tu! Geram tgk kan.

    ReplyDelete
  8. pau ayam panggang betul2 serupa ayam panggang dah ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️